Sajak: Pesanan Dunia Akhir Zaman




Pesanan Dunia Akhir Zaman

Bencana demi bencana
berlaku di mana-mana
petunjuk dunia bakal berakhir
buat yang mahu berfikir.

Yang tua, yang muda
yang kaya, yang miskin
tidak kira apa bangsa,
budaya dan agama
semua menuju ke sana.

Sementara ada waktu
berusaha perbaiki diri
tambah dan banyakkan amalan
kuatkan iman dan ketaqwaan.

sekadar buat ingatan
buat insan yang inginkan pesanan
dalam dunia akhir zaman.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru
5.02.2013.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi