Sajak: Ingatan Untuk YB-YB




Ingatan Untuk YB-YB

Wahai yb-yb,
pada setiap kawasan yang kau wakili
turunlah hari-hari
jangan tunggu waktu mahu undi.

Wahai yb-yb,
tidak kiralah kau taraf menteri atau ahli
kau akan dipersoali
pada setiap janji-janji
memungkiri…, kelak merana diri.

Wahai yb-yb,
dari  parti pemerintah mahupun parti oposisi,
buatlah kerja sungguh-sungguh untuk rakyat
jangan asyik bercakaran sesama sendiri
hingga masa terluang sia-sia terbuang.

Wahai yb-yb,
kuasa bila-bila masa boleh hilang
bila amanah tidak ditunai
bila janji dimungkiri
bila berkata-kata tapi membohongi
kau akan terkilan dan rugi.

Wahai yb-yb,
tegakkanlah agama suci pada diri
rakyat melihat dan akan mencontohi
perilaku dan jati diri,
kau akan dihormati
sebagai pemimpin sejati.

Wahai yb-yb,
ingatlah pesanan ini
jika kau ingin menjadi yb
untuk sekali lagi.

Masshah 2013
tempat kerja
meru
6.02.2013/1:48 pagi.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi