MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Thursday, February 7, 2013

Sajak: Tentang Mati




Tentang Mati

Mari kita telusuri
tentang janji yang terpatri
sejak azali lagi
tentang mati.

Mati itu pasti
tidak mengira sesiapa
baik perempuan atau lelaki
pasti semua berangkat pergi.

Sejauh mana kita pergi
mati tetap menuruti
biarpun di gua yang kukuh
ataupun di atas gunung yang tinggi.

Mati itu tiba-tiba
tanpa kita memintanya
tiada had usia dan masa
sampai masa tiba juga,
jangan diminta-minta.

Sementara hidup lagi
banyakkanlah amal bakti
ia sebagai saksi bila mati
itulah bekalan yang kekal abadi.

Usah ditinggal quran dan sunnah nabi
Ia panduan insan yang bistari
dalam mengharungi kehidupan diri
yang sering melupai mati.

Sekali lagi perlu diingati
pada diri yang sering melupai,
mati itu pasti dan mesti
tinggal semua yang disayangi.

Masshah 2013
Tempat kerja
Meru
6.02.2013/ 12:14 tengah malam

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca