MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, February 10, 2013

Sajak: Pada Setiap




Pada Setiap

Pada setiap janji yang kau laungkan
jangan kau mungkiri,
nanti ramai yang benci dan sakit hati.

Pada setiap bicara yang kau lontarkan
hendaklah kau kotakan,
ramai yang mengikuti dan menyakini.

Pada setiap tempat yang kau pergi
ramai mata-mata yang menyaksi dan menjejaki,
mesti diawasi.

Pada setiap detik dan waktu,
kejian, makian dan fitnah terus menerus di hadapanmu,
hadapilah dengan sabar.

Setia dan berjanjilah
pada setiap kata-katamu,
kau akan tetap disanjungi
sejak dulu hingga kini.

Masshah 2013
Tempat kerja
Meru
6.02.2013/1.00pagi.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca