Tulislah Apa-Apa

Image may contain: 1 person


Dah lama tidak menulis, tak tahu nak tulis apa, pagi ni cuba-cuba nak tulis lagi. Tenaga semakin berkurang tetapi semangat berkobar.

Nak tulis soal perasaan…perasaan siapa pula yang aku mahu tulis? Perasaan diri sendiri, sakit hati, geram, benci, meluat, dan macam-macam. Perlukah ditulis?

MLM?

Entahlah…tulis lainlah…apa kata tulis fasal bisnes? Bisnes apa pula yang aku mahu tulis? Nak kata jual nasi lemak, kuih muih pun tidak, ermm…apa kata tulis fasal bisnes MLM? Bagus juga tu…tapi bukanlah aku orangnya yang nak memperkatakan soal bisnes MLM ni.

Nanti ramai yang meluat bila kita tulis fasal MLM ni. Kan ramai yang bertanggapan negatif bila cakap bisnes melalui MLM ni. Pernah tak dengar bila sebut MLM, ramai orang akan kata negatif…macam-macam mereka cakap. MLM?...eeiii…tak naklah…kena cari orang, pergi meting…kena bercakap…takutlah…bencilah…meluatlah…untungkan orang atas sahaja.

Kita yang kerja keras, orang atas pula yang kaya raya? Hah! Kan…macam-macam tanggapan mereka yang tidak faham fasal bisnes MLM ni kan? Semua itu sebenarnya berbalik kepada ilmu, hanya sekadar dengar-dengar cakap dari orang yang kecewa kerana gagal dalam bisnes MLM terus reject MLM…itu pentingnya belajar, mesyuarat dan yang penting komitmen atau kerajinan.

Kalau masuk MLM sekadar isi borang, tak mahu buat apa-apa tindakan untuk menjayakannya, memanglah tak menjadi. Sudahlah tak mahu belajar timba ilmu…bila tak mencapai apa-apa berfikiran negatif pula, salahkan syarikat, salahkan produk, salahkan, upline…seminggu sekali belajar buat pertemuan pun tiada, nak berjaya macam mana?

Kan…bila cakap bisnes MLM macam nilah…kau gerak sungguh berjaya, kau gerak separuh masak, hasilnya pun tak ke mana. Mahu salahkan siapa? Salah diri sendirlah…cukuplah, TITIK.

Dunia Luar

Melihat perkembangan dunia pula, amacam, agak-agak boleh tak?...tulis sahaja…peperangan, penindasan, penderitaan, huru-hara di mana-mana terjadi. Tidak semestinya di luar Negara, dalam Negara apa kurangnya. Betul tak? Ke luar Negara dululah…lihat dunia arab…Palestin, Syria, Iraq, Mesir dan banyak lagi.

Peperangan dan penindasan berhari-hari, terbaharu di Aleppo, pengeboman dan pembunuhan tanpa rasa belas kasih. Simpati? Berdoalah untuk mereka…sumbangan? Ya…dermalah, sumbanglah apa yang kita ada sebagai tanda solidariti kita kepada saudara kita di sana.

Buatlah doa qunut nazilah samada secara Jemaah mahupun secara individu, meminta pertolongan dari YANG MAHA KUASA.

Semoga kedamaian akan terserlah, kecamukan akan sirna.

Aaamiin Ya Rabb!

Suka Buku

Nak tulis apa lagi…ni yang paling aku suka, BUKU ya BUKU! Tak tahulah ada orang yang tidak suka buku, bila tidak suka buku bermakna tidak suka membaca, betul ke? Harap-harap tiada yang begitu.

Buku sumber ilmu, rujukan untuk orang tidak tahu. Membaca buku, apa pun buku, nilai kebaikan apa yang ditulis oleh penulis itulah yang akan menjadi panduan pembaca, bagi diguna untuk kehidupan mereka, betul ke? Iyalah tu agaknya…orang yang membaca akan tahu apa yang dibacanya.

Bukan sekadar hobi harian tetapi lebih daripada itu, ianya tuntutan yang amat digalakan dalam agama.Iqra, bacalah! tentunya ada ganjarannya.

Syabas diucapkan kepada mereka yang suka buku, suka membaca. Membaca gedung ilmu!

Apa-apa pun terima kasih kerana membaca tulisan ringkas ini. Ada masa tulis lagi.

Ini sebenarnya latihan menulis…


Sampai ketemu lagi!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi