Posts

YANG HIDUP PASTI MATI

Image
                              Goole image YANG HIDUP PASTI MATI Selagi berjiwa maka tertawalah  Gurau senda berdekah berbahagia Selagi kurnia diberi nikmati Asal tidak lupa leka pula. Cergas tubuh sihat minda berfikir Fizikal pejal kuat usaha cari rezeki Bukan berpeluk tubuh menadah tangan Berserah kepada takdirnya. Nikmati hidup selagi denyut nadi Syukuri nikmati yang diberi Bakti amal bekal kembali usah dilupai Sering ingatkan muhasabah diri. Dunia sementara sahaja, sekejap Bila-bila masa lenyap hilang lesap Begitu nyawa pinjaman semata Ingat semua kita pasti mati. ZAMAN SHAH BIN SAIYAN MERU 5 ZULHIJJAH 1447H @hakcipta terpelihara

BUKU HARAM

Image
  BUKU HARAM 1. Membaca buku yang diharamkan tak semestinya orang yang membaca menyokong apa buah fikiran yang dilontarkan oleh penulis.Adakalanya pembaca hanya ingin tahu apa isi buku tersebut. 2. Mengapa mesti terus diharamkan? Mengapa tidak dibicarakan atau diwacanakan. Selepas itu barulah diambil keputusan. Boleh atau tidak boleh untuk disebar luaskan. 3.Bila diharamkan sesebuah buku, menjadikan orang yang suka buku tertanya-tanya dan tercari-cari buku tersebut. 4.Orang yang menulis buku haram, kemungkinan boleh dipenjarakan. Namun jiwa rasa mereka tidak boleh dipenjarakan. 5.Mempunyai buku haram dan membacanya. seseorang pembaca tidak perlu rasa bersalah. Pengetahuan untuk tahu buku tersebut untuk dirinya sendiri dan bukan untuk disebarkan kecuali jika ada yang bertanya. 6.Buku tetap buku, haram tidak haram ia tetap sebuah buku. Selagi tidak lupus ia tetap ada manfaatnya. 7..Buku yang diharamkan adakalanya tidaklah haram isi kandungannya. Cuma barangkali ada sesuatu yang menca...

BANTAH DAN BERTINDAK SECARA BIJAKSANA

Image
  1)Beberapa hari ini, ramai mengecam serta membuat bantahan terhadap YB Pasir Puteh. Dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau.  Biarlah tugas ini kita serahkan kepada mereka yang berkuasa. 2)Aku secara pribadi pun sangat tidak bersetuju dengan ungkapan atau ucapan beliau terhadap sosok tubuh sahabat Nabi SAW yang beliau sebutkan.  Tidak sewajar atau sepatutnya. Ucapan beliau, jika sememangnya begitu dimaksudkan, wajar dikecam dan dikutuk! 3)Pun begitu secara pribadi Aku tidak menonton secara keseluruhan ceramah yang beliau sampaikan. Cuma tengok dan dengar potongan video yang tular dimedia sosial sahaja. 4) Alhamdulillah, segala respon oleh pihak yang berautoriti dalam menegur YB tersebut pun sudah dilontarkan oleh mereka yang berilmu. Ilmuan dan cendikiawan Islam seperti mufti, para ulamak, dan agamawan turut menegur dan meminta YB tersebut menarik balik dan meminta maaf kepada seluruh Umat Islam. 5)Pak menteri, ahli politik pun bersungguh mengecam...

Sajak: PALESTINA TETAP BANGKIT

Image
  PALESTINA TETAP BANGKIT Kau henyak kau sepak kau kejam sungguh jahanam sungguh tak bertamadun diperlaku sungguh kau kejam sejak berzaman tak berubah memang takkan berubah jihad jawapan untuk kau yang jahat. Kau libas kau rampas memang kau ganas kau pengganas dendam tak berkesudahan  Palestina takkan berdiam bungkem tidak mereka tetap bangkit lawan sampai menang Palestina gagahmu ditakuti rejim zionis semangat jihadmu syahid dihadapanmu. ZAMAN SHAH SAIYAN 14062021 MERU

Semua Buat Salah

Semua orang membuat salah. Begitu dirimu sendiri sering melakukan kesilapan. ZAMAN SHAH SAIYAN 2022 MERU

MARAH DIRI SENDIRI

Image
Gambar: Google Image  MARAH DIRI SENDIRI Tak perlu marah kepada sesiapa. Marahlah diri sendiri, kerana sering membuat kesalahan pada diri sendiri. MASSHAH 2022 MERU

JANGAN MENGALAH

Image
  JANGAN MENGALAH "Jangan pernah mengalah. Mengalah engkau akan kalah. Selagi belum menang, teruskan perjuangan hingga kepuncak." Masshah  25/8/2022 MERU

KAU GAGAL SEKIRANYA

Image
                                                     "Masa terus berlari dengan pantas. Seandainya kau perlahan berlari, pasti kau akan ketinggalan. Namun kau masih belum gagal untuk mencapai sesuatu yang dingini. Kegagalan bilamana kau tidak mahu terus mencuba dan terus mencuba. Kau hanya berlari setengah jalan yang akhirya kau menyerah kalah.Pasti kau akan gagal." Masshah 25.8.2022 Meru

Teruskan Perjuangan

Image
Teruskan perjalanan dan perjuangan dalam hidup... Tahun 2022 sudah kehujung febuari.Begitulah pantasnya masa bergerak. Bagaimana aku dan kawan-kawan semua? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.  Di mana pun kedudukan kita sekarang,syukurilah nikmat Tuhan yang sedang kita gunakan ini. Teruskan perjuangan dalam menempuhi kehidupan yang semakin mencabar ini.  Kita masih diserang oleh covid-19. Entah kapan akan berakhir masih belum menampakan hasil. Turun naik, turun naik. Tak habis-habis.  Begitulah covid-19 memainkan perannya dalam kehidupan kita waktu ini. Hanya Allah SWT sahaja kita serahkan segala-galanya. Teruskan hidup, teruskan perjuangan! Aamiin Ya Rabb! 26/2/22 Sabtu Malam Ahad.

Salam Ramadan Dan Selamat Berpuasa

Image
PERTENGAHAN RAMADAN Ramadan sudah hampir dipertengahan. Maha Suci Allah! pantasnya masa berlalu. Bagaimana aku dan sahabat dalam mengisi hari-hari ramadan dan malamnya? Baki-baki hari yang tersisa ini seharusnya digunakan sebaiknya untuk  melakukan amal kebaikan berterusan. Baik sedekahnya, solatnya, zikirnya, taddarusnya, solat malamnya, dan sebagainya, terus dilakukan dengan ikhlas semata-mata menuntut keredaan Allah SWT. Kerana kita tidak tahu apakah ramadan yang akan datang masih dapat ditemui lagi. Ajal maut saja yang menentukan kita bertemu lagi atau tidak pada masa akan datang. Sesungguhnya hanya doa dengan sepenuh harapan kita panjatkan semoga kita bisa berpeluang bertemu lagi dibulan yang penuh keberkahan ini. Aamiin Ya Rabb!!! Akhirnya, agar terus istiqamah menelusuri hari-hari bersama ramadan yang hanya tinggal beberapa hari saja. Moga akhirnya puasa yang kita laksanakan nanti akan memberikan nilai ketaqwaan disisi Allah SWT.

Tahun 2021

Image

PKPB2 APA LAGI

Image
  PKPB2 APA LAGI Negeriku, Selangor PkPB lagi, covid-19 belum lagi hilang.Semakin hari semakin meningkat angka. Gerun melihat angka-angka yang semakin bertambah. Kementerian Kesihatan Malaysia kata ini gelombang ketiga. Allahuakbar!  Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan-Mu. Seingat aku waktu Pkp yang pertama pada bulan Mac,April,Mei dan Jun, angka tidaklah sebanyak waktu ini. Segalanya sudah ditentukan Ilahi, mahu tidak mahu PKPB  mesti dilaksanakan oleh pihak Kerajaan, biarpun hanya beberapa buah Negeri sahaja. Demi untuk mengelakan covid-19 merebak semula dengan dahsyatnya.  KITA JAGA KITA Sepatutnya teruskan amalan norma baru.Usah degil dengan saranan KKM, MKN dan Kerajaan sendiri.Semua dilakukan untuk kebaikan semua. Segala SOP yang telah disarankan haruslah dipatuhi.  Kita Jaga Kita,  Stay at home, ini bagi mengelakan covid-19 terus merebak.Kita tidak mahu dikalangan keluarga dijangkiti virus yang amat dahsyat ini. Keluarga kita,biasakan d...

Menulislah Pedulikan Nama

"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu semua bergantung kepada nawaitu seseorang itu mahu menulis untuk apa.  Semua perkara ada jalannya,ada petunjuk dan suluhannyaJika ada kemahuan di situ pasti ada jalannya. Aku jika mahu menulis dan menjadi penulis janganlah menunggu ada nama,pedulikan nama.  Belajarlah,berlatihlah,bertatih,merangkak,dan berjalanlah sendiri,yakÄ«n pada diri sendiri,istiqamah... tapi jika asyik bertangguh,tertangguh, jangan salahkan  sesiapa.Salahkan diri sendiri, atau cuma berangan-angan" masshah 2020

Rugi Jika Tidak Membaca

Image
"Tidak membaca kamu tidak apa-apa, cuma kamu akan kerugian" masshah 2020

Jangan Berhenti Membaca

Image

Kedudukan Kita Aturan Allah SWT

“Dimana pun kedudukan kita sekarang,itu aturan Yang Maha Kuasa. Semoga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.”

Masa Yang Pergi Takkan Kembali

Januari 2020 tinggal beberapa hari lagi kepenhujungnya,begitu pantas masa bergerak.Begitu juga seharusnya kita dalam mengendali kehidupan.Masa yang berlalu takkan berulang,ia akan terus meninggalkan kita. Apapun,kita terus bergerak kehadapan   tanpa menoleh kebelakang.Di tahun manapun kita berada,hidup mesti diteruskan selagi hayat dikandung badan.Semoga kita bukan dari kalangan manusia yang kerugian. “Sesungguhnya manusia dalam kerugian…”

Tahun 2020

Image
SELAMAT DATANG TAHUN 2020

Puisi Mati

Puisiku mati Sebelum aku mati?

Dr.Zakir Naik Lagi

Dr.Zakir Naik Lagi Musuh bagai cacing kepanasan Saling mencipta bermacam alasan Zakir Naik tenang perkuat keimanan Biarpun dibenci mereka berkenaan. Dituduh terorris juga sebarkan wahabi Musuh tak senang duduk sampai mati Zakir Naik tenang berdoa kehadraat Ilahi Malaysia tenang damai terus harmoni. Gerombolan musuh bersama si dajjal Merosakkan pemikiran dan akal Zakir Naik sedar bukan penduduk asal Akhirat utamakan dunia pasti ditinggal. Ada yang suka ada yang membenci Tak kurang juga yang anti dan dengki Zakir Naik terus berjuang tak peduli Umat Islam terus pertahan Islam suci. Ahli politik bungkem diam membisu Ada juga yang bergelar doktor palsu Tentang Zakir Naik Ceramah dibeku Jelas sekarang siapa pejuang penipu. Dari utara hingga keselatan tanah air Umat Islam bersatu tidak kuatir Zakir Naik tetap dibela tidak disingkir Hingga sanggup ketitisan darah terakhir. Masshah 2019 Meru.