Sajak: Bah Cerita Pasrah



Bah Cerita Pasrah

Air bah warga resah
perit hidup gelisah
tanggung derita susah
hanya pasrah pada Allah,
renung punca masalah
fikir diri terus bermuhasabah
usah banyak bertelagah
usah fikir untung siasah.

Warga punya harta musnah
tiada apa-apa, lagi-lagi rumah
hancur musnah punah-ranah
ambil peduli setiap warga kesah
ini bukan cereka ia cerita pasrah
kita punya segala terus kerah
usah berlengah lengah.

Kita punya jati diri indah
bantu mereka bermasalah
senang susah bersama terserah
hulur apa sahaja juga sedekah
akan menjadi amal jariah
senang dunia aman di barzah
kita petik di sana berbuah.

Kita doakan mangsa air bah
renung kisah Nuh dalam sirah
sabar redha pasrah yakin cerah
nikmat hidup pasti menyerlah
air bah beri hikmah
terus berdoa taubat nasohah
moga diterima setiap warkah.

masshah 2015
11012015

Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi