Sajak: Tak Nak Ikut Tak Mengapalah




Tak Nak Ikut Tak Mengapalah

Tak nak ikut tak mengapalah
usah kau mengeji usah kau dengki
kami mahu merubah nasib kami
bukan sesiapa tetapi kami sendiri
sendiri kami punya impian
sendiri kami punya pendirian
hidup mesti kami teruskan.

Tak mengapalah tak nak ikut
kami tetap mahu berkongsi
sedikit ilmu kami tahu kami sampaikan
hidup mahu ceria bahagia sihat mesti
hidup di dunia tak lama mana hari
esok atau lusa atau hari ini mati
itu takdir Ilahi pasti.

Tak nak ikut tak mengapalah
kami ingatkan diri dan sama mengingati
jaga pribadi kesihatan diri penting sekali
banyak penyakit berpakej lagi-lagi obesiti
jaga pemakanan ikut aturan sunah nabi
tak salah untuk menikmati ingatkan diri
bila sihat minda segar ibadah diperbanyaki.

Tak mengapalah tak nak ikut
itu semua kami akan hadapi harungi
tak semua yang menolak membenci kami
masing-masing punyai kehidupan pribadi
susah senang keluh kesah tahu-tahu sendiri
bukan nak kata hebat bagus kami sedar diri
demikianlah sekelumit rencah kehidupan
mahu tak mahu kena hadapi.

Masshah
02042016
Meru.

Comments

  1. Tak mengapalah kalau tak nak ikut
    kerana pilihan adalah hak peribadi
    lagipun hidup kita sendiri-sendiri
    yang pentingnya ilmu kami dah kongsi
    untuk disampaikan sebelum diri dijemput pergi
    tidaklah kami dipersalahkan nanti
    ada pengetahuan tetapi kedekut untuk dikongsi.




    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi