MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, May 15, 2016

Sajak: Di Mana Pun Kita



Di Mana Pun Kita

Laluannya masih panjang
masih berliku terus tempuh
berundur setapak sekali tidak
ranjau duri terus pijak henyak
usah toleh belakang terus mara
cekal tabah tekad azam berimpian.

Cukup sekali ditertawa dihina
ia bukan alasan untuk tidak bermula
hanya sabar tabah bekalan peneguh
tidak terus ke puncak mencanak
lalu hilang ditiup taufan melanda.

Dari satu tapak ke satu tapak
dari satu tangga ke satu tangga
ia tidak mudah tidaklah sukar
perlukan kerajinan yakin berterusan
tentunya banyakkan kesabaran.

Doa dikala diuji menyerah tidak sekali
usah peduli kata orang positifkan diri
ia mampu mengubah impian tergapai
tetapkan matlamat rancang haluan
pasti laluan dipermudah Ilahi.

Di mana pun kita hari ini tempatnya
disudut mana sekalipun tinggalnya
kita adalah kita yang perlu berubah
demi kelangsungan hidup yang indah
sementara...masih ada
selagi iman taqwa ada syariat terjaga.

Nah...inilah laluannya dan tempatnya.

Masshah
14052016
Meru.

1 comment:

  1. Pelan-pelan kayuh. Walaupun jalan yang dilalui penuh onak duri namun sekali kita melangkah tidak sekali-kali undur semula. Telah banyak pengorbanan yang dilakukan, jadi alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah mandi, biar basah dan alang- alang berusaha, biar sampai ke puncak.
    Berbekalkan doa, ikhtiar dan tawakkal, InsyaAllah jalan yang dipilih akan berakhir di mahligai kejayaan.

    ReplyDelete

Jangan Berhenti Membaca