MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Tuesday, April 10, 2012

Sajak: Perhimpunan Melayu




Perhimpunan Melayu

Perhimpunan layu,l esu, syahdu
melayu nombor Satu
itu ucapan pemimpin melayu dulu.

Perhimpunan melayu
jadi kaku dan bisu
bila soal lembu di lagu.

Dari dulu hingga yang berlalu
melayu,melayu,melayu!
ada yang termanggu-manggu,tersedu-sedu
tanda setuju.

Perhimpunan melayu
dari dulu
angguk-angguk tanda setuju
tepuk-tepuk tanda ampu
geleng-geleng jarang selalu
nantikan hilang kerusi malu.

Perhimpunan melayu
tetap perhimpunan melayu
dari dulu hinggalah yang berlalu
melayu,melayu,melayu.
tetap layu.

Masshah 2012
Meru.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca