MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Tuesday, April 10, 2012

Sajak: Suara Keramat

Suara Keramat


Suara itu
suara keramat
ditakuti amat
setiap pengkhianat.

Suara itu
suara memberi alamat
ditakuti amat
sang penguasa.

Suara itu
bergema di mana-mana
biar pun di halang
biar pun dihambat.

Suara itu tetap bergema
gegak-gempita
melaungkan nada yang sama
mahukan perubahan
mahukan ketelusan
mahukan keadilan
mahukan keamanan dan keharmonian.

Suara itu
adalah suara rakyat
suara keramat !.


Masshah
Meru 
2012

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca