MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, December 27, 2014

Sajak: Penguasa Amanah




Penguasa Amanah

Cakap berapi penuh dusta
berjanji sering kali dilupa
kalian penguasa selalu leka
sering tidur diwaktu jaga.

Nantikan segera dihukum
penguasa bukan maksum
janji ditunai namakan harum
rakyat suka sedia maklum.

Dari utara hingga selatan
ditinggal sunguh watak setan
penguasa amanah berwawasan
damai harmoni rukun amalan.

Setiap kerosakan diperbaiki
bukan hanya sekadar berjanji
penguasa adil bijak bistari
amanah dipikul penuh didikasi.

Ada  masalah onak ranjau berliku
perpaduan rakyat mesti bersatu
penguasa pendamai perpaduan jitu
negara aman harmoni jauh haru biru.

Masshah 2014
22112014

Meru.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca