Posts

Sajak :Cinta Itu Indah

Image
Cinta Itu Indah Cinta itu indah untuk yang berfaedah bukan main redah hingga hilang maruah. Cinta itu indah bila bersimpuh di atas sejadah hilang resah hilang gelisah hilang gundah. Cinta itu indah bila menerima hadiah dari sang kekasih untuk sang kekasih. Cinta itu indah bukan hanya mainan lidah tetapi lebih indah ikhlas di hati kerana Allah. Cinta itu indah dan sememangnya indah kerana Allah itu indah dan sangat menyukai keindahan. Masshah 2012-12-03 Jam: 2:30pagi Ahad-2/12/2012. Bilik buku.

Sajak: Gaza Menangis Lagi

Image
Gaza Menangis Lagi Zionis mengganas lagi umat Islam menangisi gaza menangis lagi umat Islam bangkit tunjuk reaksi. Kalimah jihad berkumandang lagi demontrasi sana sini umat Islam amarah lagi bikot meniti di bibir lagi. Semangat jihad berkobar dihati setiap kali gaza dizalimi banyak hati yang merintih qunut Nazilah tersemat di hati. Yahudi dan nasrani tidak pernah henti memusuhi kini sudah menjadi realiti masih ramai yang mahu menuruti. Itulah realiti bukan fantasi umat Islam mudah simpati tanda iman tetap di hati. Namun jika diteliti gaza diganasi itulah aksi, itulah reaksi berulang lagi dan lagi.. Sudah ramai yang melupai tentang hari yang dijanji seorang penyelamat yang menanti sangat ditakuti yahudi zionis. Bicara ini dari hati dari lubuk sanubari untuk umat yang mahu mengerti masalah Gaza (PALESTIN ) bukan agenda pribadi tapi masalah ummah yang perlu ditangani. Ayuh saudara dan saudari ...

Janji

Image
Hari-hari yang dilaluinya kian hari kian kusut dan tidak bermaya,tidak tahu apa lagi yang dia mahu lakukan.Segala yang terjadi menimpa dirinya bagai tiada lagi boleh di ubah dan di perbetulkan.Seolah-olahnya beban yang menimpa kehidupannya sekarang tidak boleh di perbaiki dan jalannya terlalu sukar dan suram untuk dia lalui sekali lagi. Segalanya musnah dan hancur sekelip mata.Segala keindahan dan kehebatannya selama ini hilang dan jauh hilang entah ke mana.Apa salah dan dosanya hingga begitu malang nasib hidupnya kini.Segala-galanya hilang musnah bagai di tiup badai. Satu persatu dia cuba mencari-cari apa kesilapan dan kehilafan yang dia pernah lakukan sebelum ini,namun jiwanya yang kian lesu seolah-olah sudah tidak mampu mahu mengingatinya semua...Namun dalam detik hatinya yang kian suram dan lusuh itu,ada rasa hening bila dia bertanya hatinya...di mana Tuhan selama ini aku letakkan?.Tiba-tiba detik hatinya terasa   sesuatu yang menyelinap...Tuhan..ya Tuhan..itu...

Sajak: Ulamak itu perwaris nabi

Image
Ulamak Perwaris Nabi Ulamak itu perwaris nabi memimpin umat ke syurgawi banyak ilmunya menerangi berkarisma wibawanya tinggi. Itulah ulamak ukhrawi tegas, tangkas dan berani hatinya bersih, tulus dan murni Allah sentiasa di hati. Ungkapannya lembut tegas tapi berani bukan penakut yakin Allah pemberi rezeki. Musuh sangat irihati melihat ulamak perwaris nabi siang malam tiada henti menyambung risalah para rasul dan nabi. Ulamak itu perwaris nabi duhai umat mari ikuti jangan musuhi dan sakiti kelak rugi di akhirat nanti. Masshah 2012 Jam: 1:44pagi 2/12/2012-Ahad.

Sajak: Bodek

Image
Ilmuan Bodek Di katanya tiada jihad di katanya juga sia-sia boikot yang berkata bukan orang jahat tapi berjubah dan berjanggut. Aduh, bicaranya sembarangan bagai tiada omongan kebenaran tetap kebenaran jangan dicari penentangan. Bicara Palestin bicara ummah bukan perkara murah sanggup berjuang ketitisan darah demi kemenangan ummah. Masih ada ilmuan  murah menjual nama agama cukup murah ummah pasti amarah. Ilmunya tidak dapat mendidik rohaninya sakit tidak terdidik saitan-saitannya mengherdik-herdik teruskan ampu dan bodek. Ingatlah wahai ilmuan bodek jangan sampai kena robek menyesal tak sudah memalukan adik beradik. Masshah 2012 2:15 pagi-Ahad Bilik Buku.

BILA MELAYU TERBELA?

Image
Wahai bangsa Melayu bangsaku Kekuatan Melayu bukan pada bangsa atau semangat kebangsaan Begitu lama perjuangan atas nama Melayu sejak merdeka semakin LAYU Ekonomi sahaja pun belum selesai hingga kini Padahal keistimewaan-keisimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati Namun ekonomi masih terkebelakang, kecuali sedikit individu Melayu Dari segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi sejak merdeka, ramai yg pandai, cerdik dan ada degree Tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji Yang berilmu tidak ramai yg tawadhuk dan merendah diri Hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin diserah pada kerajaan untuk membela Berdiam diri, tidak peduli Dari segi politik pula, makin ke hujung makin tak stabil Politik wang dan jatuh-menjatuhkan semakin dibudayakan dan menjadi-jadi Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi Perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi ...

Sajak: Sandiwara

Image
Sandiwara Gegak gempita bagai dikata sorak tepuk beria-ia penuh berapi kata bicara. Dari utara hingga ke selatan hanya ungkapan berselang jenaka tiada wawasan tiada gagasan penuh hinaan jua cercaan. Bermadah indah kata berubah manis dibibir penghias cuma bangkit ummah bagi peluang kali kedua. Kata berubah hanya dibibir hanya penyedap buat yang hadir pejuang sejati tak pernah mungkir jangan nanti salahkan takdir. Pilihlah pejuang bukan petualang bangsa terjulang negara terbilang. Cukuplah sudah aksi dan drama jangan nanti dikatanya hanya sandiwara. Masshah 2012 Meru.