Posts

Sajak: Apa Si

Image
Gambar dari: Google Image Apa Si Eh...eh...apa si kenapa tak beri rakyat nak bereformasi apasal terlalu emosi tak tahu ke negara demokrasi kenapa masih tak kasi dan tak reti. Ah... persetankan sama dia ini hak kita, hak rakyat, hak asasi hak asasi hak manusiawi teruskan reformasi teruskan reaksi teruskan aksi kita apa peduli. Man Shah 2000 Meru.

Ulangtahun Kelahiran Pak AGI

Image
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-71,  Pak Agi@Abdul Ghafar Ibrahim, Ahad, 31hb Ogos 2014.

Sajak: Megah Berkibar

Image
Megah Berkibar Kibarkan jalur gemilang kata tanda jiwa patriotik megah merdeka negara pertahan bersama selamanya. Di mana-mana gagah berkibar tidak kira tempat masanya tanda gembira di hari merdeka sama-sama menjulang berjaya. Kita satu hati berpadu bersatu hilangkan rasa curiga gundah buangkan angkuh bongkak di dada senyum harmoni kita semarakkan. Berkibar megah jalur gemilang tersenyum bangga warga pribumi kuat perteguh kesatuan bersama kita pasti bahagia harmoni milik bersama. Masshah 2014 26082014 Meru.

Sajak: Menuju Cita

Image
Menuju Cita Jangan  suka leka kita negara pertahan merdeka jauhi dari minda penjajah kita generasi penerus wawasan bersama cita menuju mercu jaya Dilupa tidak pejuang berjuang tak kira masa di mana ada terkorban darah bersimbah kita lupa tidak jasa mereka kerna ia pejuang bangsa demi merdeka negara. Di mana pun berada lupa leka alpa tidak sekali kerna ia jasanya dikenang selama tiada beza warna atau rupa kita sama satu bangsa senegara. Demikian anak watan pertahan merdeka sesama teguh ikatan perpaduan musuh gerun lihat kesepakatan menuju malaysia baru yang dicita. Masshah 2014 20082014 meru

Buat Peminat Dan Pencinta Buku

Image

Sajak: Merdeka Ini

Image
Merdeka Ini Merdeka ini kita ingatkan diri pada setiap warga peribumi kepada insan mahu mengerti mahalnya sebuah kemerdekaan. Pada merdeka ini kita renung kembali kisah duka susah para perwira pertiwi pada pejuang puak kanan kiri demi sebuah perjuangan kemerdekaan. Pada hari kemerdekaan hari ini kita ingatkan para sahabat jua anak isteri demi merdeka aman harmoni agar terus dinikmati dikecapi pupuk perpaduan sejati demi kemerdekaan. Masshah 2014 10082014 Meru.

Sajak: Lahirnya Sebuah Cinta

Image
Lahirnya Sebuah Cinta Malaysia tanah air tercinta bebas merdeka dari penjajah kini 57 tahun merdeka sudah hidup harmoni aman bahagia. Dilupa jangan mereka pejuang jasanya banyak tak terkira berjuang berkorban demi bangsa bebas negara dari petualang. Hayati telusuri pengorbanan mereka sesekali usah persis anak derhaka kelak kita dikenang tak punya jasa nikmat damai aman leka lupa pula. Biar merdeka jangan sampai leka hidup rasa cinta pada negara jangan cuba-cuba bikin huru hara nikmat aman hilang nanti sengsara. Tak kira melayu India juga cina termaktub sudah ikatan janji setia tak lupa jua pelbagai etnik di sana kita tetap sehati sejiwa bebas merdeka. Usah diungkit  sudah peristiwa duka jadikan ia pengajaran bersama melayu india cina bersaudara lama kini bersatu bersama menuju jaya. Malaysia indah malaysia berjaya terus kekal harmoni sejahtera kerna ia tanah tumpahnya darah kita  dan di sinilah lahirn...