MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, August 31, 2014

Sajak: Megah Berkibar





Megah Berkibar

Kibarkan jalur gemilang
kata tanda jiwa patriotik
megah merdeka negara
pertahan bersama selamanya.

Di mana-mana gagah berkibar
tidak kira tempat masanya
tanda gembira di hari merdeka
sama-sama menjulang berjaya.

Kita satu hati berpadu bersatu
hilangkan rasa curiga gundah
buangkan angkuh bongkak di dada
senyum harmoni kita semarakkan.

Berkibar megah jalur gemilang
tersenyum bangga warga pribumi
kuat perteguh kesatuan bersama kita
pasti bahagia harmoni milik bersama.

Masshah 2014
26082014
Meru.



No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca