MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, August 23, 2014

Sajak: Di Sinilah






Di Sinilah

Lahirnya di sinilah
sebuah kedamaian
kecapi keharmonian
perpaduan idaman
selamanya kesekian
pertahan kemerdekaan.

Lahirnya di sinilah
indahnya senyuman
setiap anak watan
tak kira apa anutan
gengam erat tangan
kuatkan kemerdekaan.

Lahirnya di sinilah
teguh tegak tamadun
tegas keras tetap santun
pegang erat sebagai rukun
kelak musuh takut gerun
perteguh kemerdekaan.

Lahirnya di sinilah
demi cita cinta watan
demi cinta perpaduan
demi cinta kebahagian
demi cinta kewarasan
kekalkan kemerdekaan.

Masshah 2014
10082014

meru

No comments:

Post a Comment

PKPB2 APA LAGI

  PKPB2 APA LAGI Negeriku, Selangor PkPB lagi, covid-19 belum lagi hilang.Semakin hari semakin meningkat angka. Gerun melihat angka-angka ya...