MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, August 20, 2014

Sajak: MH17 Terhempas MH370 Tetap Dinanti


Bagai petir sambar menyambar
berdentum dentum alunan gemanya
menusuk-nusuk kalbu setiap diri insan
berita cerita didengari MH17
terhempas jadi hampas
petaka pengganas puak kiri di Ukrine.

Gegak gempita seantero dunia
malaysia menangis lagi sekali
MH370 belum dilupai tragedi baru mulai
ramai hati walang jadinya
apatah lagi pembesar negaranya.

Berwajah duka duka rakyat lagi
sedih pilu duka gundah
masih belum berakhir
kini wajah itu sambung kembali
MH17 mengamit
memori luka MH370 HILANG.

Kini tragedi MH17 lebih tragis
boleh dijejaki dilihati
ngeri menakutkan menghantui para pewaris
dua tragedi menyentuh hati nubari
jiwa luka bertambah pedih.

MH17...
pergi mu
membawa duka nestapa
pasti takkan kembali

MH370
jua pergi mu
tak kembali
tetap dalam ingatan

Dua tragedi
kehilangan famili
kehilangan anak isteri
kehilangan bijak bistari
kehilangan aset negara
kehilangan yang pasti dirindui
mereka yang ditinggal pergi.

Hanya doa dan harapan
semoga mereka yang dipanggil
beroleh bahagia di sana
yang ditinggal agar terus
redha dan bersabar
kerna ini sudah takdir ketentuan Ilahi.

Masshah 2014
30072014
Meru.



No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca