Sajak: Isteri Jadi MB


Isteri Jadi MB

Sudah riuh seantero negara
politik keluarga sudah berlaga
demi janji langkah sumbang
esok negeri bakal tumbang.

Sungguh sukar mahu dimengerti
demi sebuah negeri penuh isi
dicemburui parti sendiri jua ahli parti
musuh politik apatah lebih-lebih lagi.

Namun kini bergaduh sesama sendiri
semata-mata mahu tukar kerusi MB
tercalon sendiri presiden seorang isteri
mahu ditukarnya isteri menjadi MB.

Apa maksud atau strategi kini
rakyat tengok dah pandai memerhati
dulu berdegar bantah politik neptisme kroni keji
kini seolah mahu pakai baju ini.

Jangan  zaman gelap berulang nanti
rezab negeri di bahagi sesama kroni
hilang kuasa memerintah negeri
tumbang segala apa yang diimpi.

Ingat-ingatlah wahai-wahai
bijak-bijaklah membuat keputusan
berilah  pada YB MB peluang
selepas habis penggal itu terpulang.

Masshah 2014
30072014

Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi