MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, August 17, 2014

Sajak: Bergemerlapan Aidilfitri



Indahnya sungguh di aidilfitri...



Bergemerlapan Aidilfitri

Dalam riang meraikan hari gemilang
jangan lupa pula jalan pulang ke desa
yang tua menunggu yang muda
anak-anak kecil dirindui yang tua
dalam berhari raya suka duka ria
adat dalam kehidupan insan di dunia

Warna-warna aidilfitri usah dicemari
budaya lupa leka menghairahkan jiwa
merosakkan minda fikir bebas merdeka
corakkan warna indah aidilfitri bersama
jalinkan ukhwah persaudaraan kita
kasih sayang pada yang tua sesama
hormati mereka penuh kasih cinta.

Indahnya warna-warna aidilfitri
di desa jua di kota bercahaya gemilang
sebulan ramadan ceria beramal berganda
nikmat Allah disyukuri penuh insaf diri
syawal yang datang amalan berterusan
dalam ria riang gembira Allah tidak ditinggal
ia sumber bahagia sejati di jiwa mukmin.

Aidilfitri becahaya gemilang bergemerlapan
tanda ibadah sebulan berjaya di tunaikan
hadiah syawal membawa berkat redha Tuhan
insan mukmin penuh akrab cintanya pada Kekasihnya
ia bercahya bergemerlapan berterusan tanpa sirna
aidilfitri kemenangan insan mukmin beriman
kerna taqwa berjaya mendidik jiwa hamba merdeka
hawa nafsu memburu setiap saat waktunya.

Kini, fitrah diri insan mukmin bercahaya
aidilfitri kejayaan berpanjangan setiap masa
berserah hanya pada Yang Maha Esa
yakin teguh pendirian setiap masa
hasil tarbiyah madrasah ramadan lalu
aidilfitri doa dan harapan nanti kan’
bertemu lagi satu masa nanti.

Masshah 2014

3007201 Meru.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca