Sajak: Lahirnya Sebuah Cinta



Lahirnya Sebuah Cinta

Malaysia tanah air tercinta
bebas merdeka dari penjajah
kini 57 tahun merdeka sudah
hidup harmoni aman bahagia.

Dilupa jangan mereka pejuang
jasanya banyak tak terkira
berjuang berkorban demi bangsa
bebas negara dari petualang.

Hayati telusuri pengorbanan mereka
sesekali usah persis anak derhaka
kelak kita dikenang tak punya jasa
nikmat damai aman leka lupa pula.

Biar merdeka jangan sampai leka
hidup rasa cinta pada negara
jangan cuba-cuba bikin huru hara
nikmat aman hilang nanti sengsara.

Tak kira melayu India juga cina
termaktub sudah ikatan janji setia
tak lupa jua pelbagai etnik di sana
kita tetap sehati sejiwa bebas merdeka.

Usah diungkit  sudah peristiwa duka
jadikan ia pengajaran bersama
melayu india cina bersaudara lama
kini bersatu bersama menuju jaya.

Malaysia indah malaysia berjaya
terus kekal harmoni sejahtera
kerna ia tanah tumpahnya darah kita 
dan di sinilah lahirnya sebuah cinta.

Masshah 2014
20082014
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi