Sajak: Pertahan Bersama



Pertahan Bersama

Di mana pun berada
di kota mahu di desa
tak pernah lupa
pada kisah sejarah
mereka pejuang negara.

Kita tetap setia
pada negara tercinta
tak perlu diragui
kerna ia satu ikrar janji
setia pada pertiwi.

Usah ditimbul kisah lama
cukup buat peringatan
jika kita berpecah leka
perpaduan parah musnah
harmoni aman hilang segala.

Kita walau berlainan bangsa
kita tetap seia sekata sejiwa
bersatu hati perteguh ikatan setia
merdeka kita pertahan bersama
itukan janji setia hidup aman bahagia.

Masshah 2014
20082014

Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi