Sajak: Kerana Sekarang



Kerana

Kerana sekarang sudah banyak meluat
Kerana sekarang sudah ramai ‘feed up’
Kerana sekarang sudah dengar kata hilang hebat
Kerana sekarang sudah dengar kata mahu sedap-sedap.

Kerana itu politik negeri porak peranda
Kerana itu politik diri hilang punca
Kerana itu politik rakyat celaru pilu
Kerana itu politik hilang hala tuju.

Kerana hari ini musuh politik memerhati pasti
Kerana hari ini musuh politik bertepuk tampar
Kerana hari ini musuh politik gelak berdekah-dekah
Kerana hari ini musuh politik atur strategi.

Kerananya kuasa boleh hilang
Kerananya sokongan rakyat boleh berkurang
Kerananya zaman gemilang boleh hilang
Kerananya negeri boleh tumbang.

Masshah 2014
30072014
Meru.


Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi