MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, August 13, 2014

Sajak: Kezaliman Terus



Kezaliman Terus

Benjamin (N)Setanyahu
terus berdegil ego lagaknya
kuasa besar diam membisu
seperti biasa ‘double standard’
bisu sebisu bisunya
bila gaza dibedil dizalimi
tidak rasa apa-apa.

Keganasan israel zionis
semakin bermaharajalela
tanpa peduli nyawa melayang
tanpa peduli ratapan malang
tanpa peduli amarah ramai orang
angkuh, bongkak, sombong
persis dajjal kian menjelang.

170 rakyat palestin terkorban
tidak kira yang tua, dewasa, wanita
kanak-kanak turut mati
ramai tercedera serta parah
kuasa besar terus bisu
OIC hanya ‘Oh I See...’
Kita...bagaimanalah pula?

Degil kejam zalim
israel berterusan, mereka
apa peduli nyawa, harta
melayang sekali pun
baginya kuasa penindasan
pengusiran demi si dajjal
kepalsuan akhirnya.

Namun, mereka lupa
tangan-tangan ummah
sedang menadah
mohon mengnyahkan mereka
batu-batu berbicara
satu persatu mereka pasti tewas
akhirnya bergemerlapan cahaya.

Masshah 2014

16072014
Meru.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca