Sajak: Macam Tak Hebat




Macam Tak Hebat

Dulu-dulu orang gelar hero reformasi
rakyat ikut suka hati sampai masuk jerji besi
tak kira hilang kerja bahkan hilang bini
demi perjuangan kebenaran yang suci.

Dulu-dulu orang gelar hero rakyat
ditakuti para  penguasa politik kotor sesat
dikenali seantero dunia sang jebat
demi tumbangkan kuasa khurafat.

Dulu-dulu orang gelar hero hebat
hingga ramai yang masuk lokap terjerat
rakyat penuh yakin tekad si pembela rakyat
biar di penjara rakyat tetap harap selamat.

Buat sekarang ramai perhati pertikai
bijak manalah istihar isteri bakal MB
terburu-buru buat keputusan sendiri
seolah gila kuasa mahu kerusi MB.

Hentikan politik pentingkan diri pribadi
rakyat sudah pandai menilai sendiri
mana perjuangan tingkatkan diri
mana perjuangan tingkatkan hak rakyat kini.


 Masshah 2014
30072014
Meru.




Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi