MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, August 31, 2014

Sajak: Menuju Cita




Menuju Cita

Jangan  suka leka kita
negara pertahan merdeka
jauhi dari minda penjajah
kita generasi penerus wawasan
bersama cita menuju mercu jaya

Dilupa tidak pejuang
berjuang tak kira masa di mana
ada terkorban darah bersimbah
kita lupa tidak jasa mereka
kerna ia pejuang bangsa
demi merdeka negara.

Di mana pun berada
lupa leka alpa tidak sekali
kerna ia jasanya dikenang selama
tiada beza warna atau rupa
kita sama satu bangsa senegara.

Demikian anak watan
pertahan merdeka sesama
teguh ikatan perpaduan
musuh gerun lihat kesepakatan
menuju malaysia baru yang dicita.

Masshah 2014
20082014
meru


No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca