Posts

Sajak: Segerakan Langkahku

Image
Segerakan Langkahku Langkahkan kakiku segera ke rumah-Mu bila tepat sampai waktu inginku ketemu kepada Tuhan Yang Satu. Takbir, rukuk dan sujudku semata-mata hanya untuk-Mu doaku ku pohon selalu kepada Tuhan Yang Maha Mendengar kepada Tuhan Yang Maha Menerima. Langkahkan kakiku cepat ke rumah-Mu sebelum ajalku datang kerna, barang sesaat tak pun boleh dihalang. Takbirku membesarkan-Mu rukukku tanda taat merendah pada-Mu sujudku tanda hamba kerdil pada-Mu seluruh jiwaku serahkan pada-Mu ajal maut ketentuan dari-Mu. Hanya ku berserah pada-Mu. Masshah 29072015 Meru.

Jangan Risau Terus Berkarya

Image

6 Tahun Kepergiannya...Al-Fatihah Buat Kekanda Almarhum Mohd Asri Ibrahim

Image
AL-FATIHAH

Menulis Terus

Image
Hampir sebulan juga aku tak menegur kau, nampaknya kau masih tidak bermula lagi, walau pun kau sering mengemaskini blog sastera mu. Aku agak kagum juga dengan usaha kau untuk menulis aktiviti kau sepanjang Ramadan lalu. Sehari boleh dikatakan kau menulis sebuah catatan. Catatan yang kau namakan ‘Nota Ramadan’ memang kau sering tulis setiap Ramadan kunjung tiba. Kalau tidak silap aku sudah hampir empat tahun kau masih tetap mahu menulis aktiviti kau sepanjang Ramadan. Aku rasa kalau catatan tersebut itu dibukukan, rasanya sudah cukup tebal. Tahniahlah dengan semangat yang kau tunjukkan itu. Bukan senang mahu tulis satu hari satu perkongsian di dalam blog. Sementelahan pula kau punyai empat buah blog, yang mana kalau diikutkan kau perlu mengisi blog tersebut dengan bermacam perkongsian. Cuma aku lihat, kau tidak konsisten dalam mengemaskini blog tersebut. Ada yang sudah hampir dekat sebulan, tiada satu pun tulisan yang kau kongsikan dalam blog tersebut. Kau asyik tertu...

Sajak: Merdeka Lagi

Image
Merdeka Lagi Teriakkan merdeka terdengar lagi mengimbau kenangan lalu tanah air dijajah diterjah bangsa penjajah menjerkah menjerut merenggut kebebasan. Itu 58 tahun yang lampau perit getir perwira pertiwi tanah air berjuang memperjuangkan kemerdekaan haluan kanan haluan kiri punya matlamat suci demi tanah air tercinta Merdeka! Merdeka! Merdeka! Teriakan keramat berkumandangan tanda hari merdeka datang lagi Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka lagi! Masshah 30072015 Meru.

Sajak: Rindu Tiba-Tiba

Image
Rindu tiba-tiba ( Buat Penyair Abdul Ghafar Ibrahim@AGI ) Rindu tiba-tiba kepada duhai penyair hanya puisi pengubat rindu. Selak kembali warkah biru cakap-cakap puisi dialog seniman dunia refleksi penyair cita cinta puisi apa kata orang tentang diri mu. Sesekali buka video aksi gak gak gak aksi rung rung rung aksi dun dun cak cak. Puisi palestin mengamit pilu palestin palestin tidak boleh mati gundah palestin kecaknaan dalam puisi mu. Tiba-tiba rindu ukhwah masih menyatu syawal kelima kita ketemu sebak diatmaku menatap pilu tuhan izinkan… Ku yakin kau bangkit dari rehat sementara dunia puisi menanti kehangatan lontaran puisi TRI-V mu… Bangkitlah duhai penyair! Masshah 11082015 Meru.

Sajak: Begitulah Selalunya Kita

Image
Begitulah Selalunya Kita Kita seperti masih seadanya mereka bertukar ganti kita tetap begini mereka naik takhta berkuasa jadi menteri mereka bertukar kereta punya gaji tinggi mereka pandai bercerita pandai berjanji mereka datang lagi ke sisi kita bila mahu undi mereka terus taburi segala macam janji-janji mereka terus menerus membohongi berkali-kali kita masih seperti ini, tidak ada apa-apa  melihat sahaja bagai semuanya salah kita mereka tidak mengapa. Ya, kita masih tetap kita tidak ada apa-apa, biar sering dikecewa menderita mereka berkata manis janjinya, kita percaya mereka beri itu ini, sana sini, ya kita percaya mereka beri cukai itu ini, ya kita percaya, sangat percaya marah-marah dua tiga hari seminggu belum tentu semuanya reda, bagai tiada apa-apa begitulah selalunya tiada apa-apa tidak mengapa inilah kita, begitulah selalunya Tiga belas kali mahu empat belas kali begitu kita masih tidak membuka mata hati memikir ber...