Catatan Detik Pertemuan Dengan Abdul Ghafar Ibrahim@Pak AGI
CATATAN
DETIK PERTEMUAN DENGAN ABDUL GHAFAR
IBRAHIM(PAK AGI)
(PENDEKLAMATOR
TERSOHOR)
Catatan
pertemuan dengan penulis, pemuisi(Tri-V AGI) dan juga seorang pelukis ini
ditulis di sini bertujuan untuk dokumentasi pribadi penulis sendiri. Ia
merupakan hari yang bermakna buat penulis, maklum sahaja bertemu dengan penulis
yang diminati. Tentu ia merupakan satu sejarah indah dalam hidup buat penulis
kecil (penulis blog) seperti aku ini.
Sesiapa
pun, yang pernah menemui atau berjumpa orang yang diminati tentu perasaan
teruja pasti bertunjang di dalam hati. Rasa gembira dan seronok pasti
menyelubungi hati. Lebih-lebih lagi orang yang kita sukai atau minati itu,
seorang yang cukup dikenali dalam bidang yang diceburi di dalam negar dan luar
negara.
Catatan-catatan
ini merupakan detik-detik perkenalan dan pertemuan di antara aku dengan Abdul
Ghafar Ibrahim atau lebih mesra dipanggil dikalangan pelajar-pelajar beliau
Ayah Agi, manakala dikalangan sahabat-sahabat sastera, beliau lebih dikenali
dengan AGI@Abdul Ghafar Ibrahim.
Saya
lebih mesra dengan panggilan Pak Agi, melalui sms atau panggilan sewaktu
bertemunya. Nah nikmatilah catatan ini, jika ada manfaatnya, ambil sebagai
bahan motivasi diri atau ibrah jika ada.
Catatan
Pertama: Berhubung Melalui Facebook:
Detik Pertama: Memesan Buku Karya Pak Agi
Seperti
pagi-pagi yang lalu, aku memang selalunya lewat tidur, hingga ke hujung hari,
sekitar jam dua atau tiga pagi baharu aku bisa melelapkan mata. Biasa akau
gunakan untuk online sambil menulis apa-apa di dalam laptopku, adakalnya aku
membuat kemaskini blog yang aku bina.
Selebihnya
aku, cuba melayang-layang masuk ke facebook teman-teman atau pun laman-laman
facebook yang disukai. Pagi ini aku cuba mengintai-ngintai di laman facebook
Tri-V AGI, Aku cuba email di fb Tri-V AGI untuk memesan lima buah buku tulisan
Pak Agi Ghafar Ibrahim:
Pagi
Isnin: 1:32pagi
“Aslkam
Pak AGI, saya mahu beli buku cakap2 puisi dan apa orang kata fasal AGI.”
BOLEH
dapatkan no akaunnya?”
Aku
menerima balasan email ku pada sekitar jam 1:39petang esokny, Pak Agi menjawab
email tersebut:
“Baiklah.sila
beri alamat rumah dan nmbor fon untuk
sya poslajukan.sila lihat senarai 10 judul bukuku andai mau tambah order
salam.”
Oleh
kerana aku kerja petang, sebelah malam baharu aku ada kesempatan untuk periksa
kembali email dan balas email yang Pak Agi jawap malam tadi. Sekitar jam
9:25malam (Isnin malam selasa). Saya tulis lima buah buku untuk dipesan,
sebelum itu aku semak semula senarai buku-buku tersebut di fb Pak AGI.
Akhirnya,
aku dapat pilih buku tersebut dan terus mesej di fb Pak Agi.
“Assalamualaikum
Pak AGI, Saya mahu pesan buku-buku tersebut:
1) CAKAP-CAKAP PUISI- RM25
2) REFLEKSI PENYAIR (KUMPULAN WACANA)-
RM18
3) APA ORANG KATA TENTANG AGI- RM25
4) WARKAH BIRU (KUMPULAN WACANA)- RM15
5) CITA CINTA PUISI- RM17
NAMA:
ZAMAN SHAH BIN SAIYAN
LOT
2801 JALAN BELIMBING 41050, MERU KLANG
SELANGOR
DARUL EHSAN.
NO
HP: 0133798684
Perbualan
Melalui Telefon Bimbit Dengan Pak Agi
Sedang
aku duduk di hadapan laptop, berfacebook, saya perasaan telefon bimbit aku berkelip-kelip
lampunya, aku sailent rupanya, bila aku semak kembali sudah masuk dua kali
membuat panggilan. Kali kedua baharu aku perasaan, aku jawap panggilan
tersebut’
“Halo
siapa ni”.
Tanya ku
Aku
antara dengar tak dengar.
“Agi...Pak
Agi”
kata suara itu
“Ohhh...Pak
Agi”.
Jawap aku, aku agak teruja, maklumlah penulis sendiri membuat panggilan. Tak
disangka-sangka pula.
Lebih
kurang sekitar 3 atau empat minit kami berbual pasal pesanan buku, Pak Agi kata,
dia selalu lalu Meru, tempat kerjanya pun di UITM Puncak Perdana, Pak Agi
pensyarah di sana. Jadinya Pak Agi nak hantar buku-buku yang aku pesan terus
‘by hand’, adakan pertemuan untuk jumpa di mana-mana. Boleh makan-makan dulu
nanti, Aku beritahu pada Pak Agi, kita jumpa di Petronas Pekan Meru. Apa-apa hal
aku akan buat panggilan pada Pak Agi kata aku pada Pak Agi.
Dalam
hati aku waktu itu berkata-kata..., “Wah esok nak jumpa penulisnya sendiri”.
Rasa teruja sekali. Insyallah, esok jika tiada aral melintang saya akan bertemu
seorang penulis, pemuisi, pensyarah, pelukis dan pendeklamator puisi Tri-V Agi.
Detik Kedua: Pertemuan
Alhamdulillah,
syukur pada Allah SWT, dengan izin-Nya, dapat juga bertemu dengan Pak Agi.
Sekitar jam
1:15petang. Temujanji yang telah dibuat dapat direalisaikan petang
ini (4hb 03 2014-Selasa), sekitar jam 12:45 tengah hari aku,
bermotosikal ke Petronas Pekan Meru seperti dijanjikan. Sementara menunggu Pak
Agi sampai aku ke ATM untuk mengeluarkan beberapa ringgit untuk buku-buku yang
aku beli nanti.
Sedang
dalam barisan menunggu giliran, tiba-tiba telefon bimbit ini berbunyi, segera
aku menjawabnya.
Dalam hati, oh Pak Agi membuat panggilan;
“Saya
akan sampai sekitar 20 minit lagi” Kata Pak Agi.
“Saya
pun sudah sampai Pak Agi, dekat petronas ni...” Jawab aku.
“Oh...ya
ke, maafkan saya...” Kata Pak Agi.
“Saya
pun baru sampai juga, tak apa” Kataku.
Selepas
mengeluarkan duit, aku terus mengisi minyak motorku, sementara menunggu Pak Agi
sampai aku lepak di warung kuih, di tepi bahagian depan petronas. Di situ
terdapat seorang berbangsa cina sedang menunggu kawannya katanya bila aku cuba
menyapa. Satu persatu kenderaan yang belok ke arah stesen minyak petronas aku
perhati, manalah tahu orang yang aku mahu jumpa kelihatan sudah muncul.
Kelihatan
petang ini panas cuacanya, pagi tadi bukan main lebat hujan turun di Meru dan
juga Pekan Kapar. Mungkin pembenihan hujan yang dilakukan oleh pihak yang
berkenaan, dengan izin Allah SWT, pagi tadi hujan dengan selebat-lebatnya.
Syukurlah sudah beberapa hari tidak hujan. Mataku terus melilau melihat kenderaan
yang masuk ke arah stesen petronas.
Akhirnya
Ku Temui
Kelihatannya
seperti Pak Agi sedang membelokkan kenderaannya ke arah Petronas, Pak Agi
pusing menuju ke arah tempat yang sedang aku menunggunya. Aku cuba melambainya,
di membalas lambainnya ku, dan parking di sebelah warung, serta membuka pintu
kenderaannya.
“Masuklah...kita
makan dulu”
Kata Pak Agi, sambil bersalaman.
“Saya
nak letak motor saya dulu” Kataku pada Pak Agi.
“Ya..silakan” Jawabnya.
Selepas
aku meletakkan motor aku di hadapan kedai membaiki komputer, aku terus meluru
ke kenderaan Pak Agi, aku masuk duduk disebelahnya.
“Apa
khabar?”
tanya Pak Agi
“Sihat,
Alhamdulillah...” Jawab aku.
“Kita
makan dulu, tempat yang biasa saya makan tiap petang”
Pak
Agi memberitahu aku, kebiasaannya waktu petang dia akan makan di satu warung
yang unik, di Pekan Meru ini. Aku cuba mengingat-ingatkan warung yang
dimaksudkan. Maklum sahaja aku jarang sekali makan-makan di Warung bahagian
Pekan Meru.
“Oh...warung
yang ada, motor tergantung ke...” tanya aku pada Pak Agi untuk kepastian.
“Ya,
ya, ha’ah...tempatnya unik berseni..”. Jawab Pak Agi.
Pak
Agi memusingkan kenderaannya untuk menuju ke arah ke Klang, mencari warung
tersebut. Aku sudah agak warung tersebut, bersebelahan dengan stesen minyak BP.
Ya, sudah nampak, malam memang nampak cantik, unik...siang...ha...ha...ha,
begitulah gayanya warung tersebut. Kelihatannya tidak ada apa-apa, belum buka
lagi. Pak Agi tanya dengan seseorang yang di situ. Orang itu memberitahu,
sebelah petang baharu buka nanti.
Sembang-Sembang
Sastera
Pak
Agi parking di situ kenderaannya. Kami berjalan-jalan bersama menuju ke
Restoran Bistro Minang yang berhadapan dengan stesen minyak petronas. Aku
tolong bawakan beg yang berisi buku-buku, sudah tentu itu buku-buku yang aku
pesan.
Kami
memilih meja di hadapan pintu masuk restoran, sampai sahaja di restoran itu,
kami terus memilih menu kegemaran masing-masing. Aku memilih ikan keli, sayur
sedikit dan minuman air sirap limau. Pak Agi dengan pilihannya. Masing-masing
berselera makan, Pak Agi dengan tugasnya pensyarah di UiTM, baharu selesai
bertugas terus ke Meru untuk temu janji kami. Tentu penat.
Penulis
yang aku minati kini benar-benar di hadapanku, rasa teruja seronok apatah lagi,
sambil makan kami bersembang-sembang. Aku memberitahu padanya, minatku membaca
sekitar berita sastera dan artikel-artikel sastera di akhbar mahupun majalah
sastera dan juga buku-buku sastera. Ada menulis sajak di Portal Esastera.com,
kelolaan Dr. Irwan Abu Bakar. Pak Agi memberitahu, Dr.Irwan merupakan kawannya,
sudah tentu kawan dalam dunia sastera.
Banyaklah
yang Pak Agi kongsikan dalam sembang-sembang sastera petang itu. Persepsi orang
tentang sastera juga diberitahu pada aku. Berkecimpung di arena sastera
tanahair sudah 50 tahun lamanya, bermacam ragam pengalaman kehidupan dalam
dunia sastera dilalui sehingga kini. Pak Agi dikenali sebagai pembawa puisi
berbentuk yang keratif, belum ada penganti setakat ini, dalam konsep yang
diberi nama TRI-V AGI-VERBAL, VOKAL DAN VISUAL.
Pak
Agi memberitahu, pernah seorang penulis terkenal SM ZAKIR menyatakan padanya
seusai mendeklamasikan sajaknya di program baca puisi bulanan di Rumah Pena,
tidak ada orang yang boleh buat macam Pak Agi. Juga semasa Pak Agi
mendeklamsikan puisi Wak Saring Sirad@Ismas Saring di Shah Alam, Wak Saring
Sirad memberitahu pada Pak Agi, Wak Siring Sirad pun tak boleh buat atau baca
puisinya sendiri seperti Pak Agi buat. Itulah dia, kelebihan yang dimilikinya.
Senang kata, cara orang berlainan. Pak Agi unik dan berlainan sekali.
Kenyataan
ini boleh dibaca dibuku Pak Agi yang bertajuk ‘Apa Kata Orang Tentang
Agi-Abdul Ghafar Ibrahim’. Macm-macam orang kata tentang Pak Agi. Bukan
setakat orang-orang sastera di dalam negara tetapi menjangkau luar negara.
Begitulah hebat dan kelebihan yang dimiliki oleh Pak Agi. Untuk yang
selebihnya, kawan-kawan boleh cari buku tersebut. Lagi satu Pak Agi tidak
sombong, sungguh peramah, bila saya baca buku yang saya nyatakan di atas,
memang betullah telahan aku. Dalam buku tersebut, Nik Nizi Husin (1982)
menyatakan dalam tulisannya;
“Suaranya
bersahaja, peramah dalam perbualan biasa akan berubah menjadi
suara bernada, garau, keras apabila membacakan puisi-puisinya”.
Pak
Agi menceritakan pengalamannya sewaktu membuat ceramahnya di beberapa tempat
seperti di Sekinchan, beliau membacakan puisinya dengan sepenuh perasaan, ada
yang terkesan dengan bait-bait puisinya yang sungguh mengesankan pendengarnya,
ada yang menitiskan airmatanya. Bila yang lahir daru hati, maka ia akan jatuh
ke hati juga, saya menyampuk percakapannya. Memang tidak heranlah jika ada yang
menangis, melihat gaya penyampaian yang sepenuh jiwa pasti ada yang terkesan di
hati.
Paling
suka saya melihat gelagat Pak Agi membacakan puisinya secara berlagu dengan
sepenuh hati, itu Pak Agi baca sambil duduk, tak tahu apa yang dilakukan bila
berdiri pula bila membaca puisinya itu. Sambil duduk pun sungguh memikat apatah
lagi berdiri. Sambil dikerling pekerja restoran tersebut, Pak Agi semacam biasa
dengan situasi begitu. Aku sempat mencapai kamera digital, merakam gaya Pak Agi
membaca puisinya. Aku ada sempat dowanload video tersebut ke dalam youtube. Ada
beberapa sence lagi perbualan dan baca puisi Pak Agi yang tidak sempat saya
download ke Youtube.
Dalam
hatiku bermonolog, wah hebat sungguh orang ini, banyak pengalaman, ilmu tentang
puisinya... semoga cerita-cerita yang dikongsikan padaku memberi suntikan
motivasi untuk aku belajar menulis puisi atau apa-apa sahaja penulisan. Aku ada
tanya tentang, jika ilham datang bagaimana mahu dilakukan, Pak Agi menunjukkan
buku kecil di koceknya dan mengeluarkan.
Betullah,
buku nota akan sentiasa ada di mana-mana. Itu pentingnya catatan, apa sahaja
yang terlintas perlu segera di catat, agar tidak lupa bila mahu menulisnya. Apa
yang menariknya lagi, apa yang aku lihat. Pak Agi akan menyalinkan semula
kata-kata atau apa yang Pak Agi sebutkan konotasi yang ditulisnya pada setiap
buku yang ditandatangani ke dalam buku log yang disediakan. Begitu sekali,
seorang penulis yang banyak pengalaman peka tentang tulisan hasil miliknya.
Setiap buku yang ditandatangani, kata-kata mutiara berlainan. Sungguh unik dan
bermakna sekali.
Aku
benar-benar teruja dan termotivasi sekali melihat cara penulis sepertinya,
maklum 50 tahun berkecimpung dalam dunia penulisan sastera. Umurnya 70 tahun,
tahun ini 71 tahun usianya, sewaktu Pak Agi tanya padaku, agak-agak berapa
umurnya, tak silap aku jawab dalam sekitar 50 tahun lebih. Pak Agi beritahu 70
masuk 71 tahun, saya agak terkejut. Melihat gaya persembahan yang sering Pak
Agi aksikan di pentas puisi, sungguh bertenaga sekali, tidak seperti umurnya.
Ya...tentu semua itu kurnia Allah SWT pada hamba-hambanya.
Aku
minta izin Pak Agi untuk bergambar berdua, Pak Agi memangil seorang pekerja
restoran tersebut untuk mengambil beberapa gambar kami berdua.
“Jangan
lupa send gambar-gambar tersebut pada saya...” Kata Pak Agi. Saya
mengiyakan. Sekurang-kurangnya ada memori yang terakam buat tatapan masa depan.
Oh
ya, Pak Agi ada memberi saya rasa kopi yang Pak Agi biasa minum, katanya untuk
tenaga dan kesihatan dalamanya. Mungkin itu satu faktor salah satu kesihatannya
baik, mantap dan bertenaga ketika membuat persembahan puisinya. Kalau hendak
beli, Pak Agi boleh beri nombor telefon pengedar tersebut. Pak Agi tidak
menjualnya, Pak Agi sering membeliny dari seorang pengedar yang dikenalinya
yang bernama musa, kalau tidak salah saya.
Diam
tidak diam, sudah hampir dua jam kami bersembang-sembang di restoran minang
tersebut. Sungguh sekejap rasanya pertemuan itu, entah bila lagi boleh jumpa
lagi dengan Pak Agi seperti tadi, kataku padanya semasa berjalan beriringan ke
tempat kenderaan. Sampai di tempat kenderaan, sekali lagi mengambil gambar
berdua dengan bantuan pekerja warung di situ melalui telefon bimbit Pak Agi.
Aku
sempat mengambil gambar buku-buku yang terdapat di dalam kenderaan Pak Agi. Wah
banyaknya buku. Penulis menjual bukunya sendiri, begitulah penulis dengan cara
mereka tersendiri dalam memasarkan buah fikirannya. Pak Agi menunujukkan topi
dan selendangnya yang sering dipakai sewaktu membuat persembahannya...,“Misteri
tu...” kataku pada Pak Agi. Pak Agi senyum sahaja.
Begitulah
kenangan manis yang masih teringat-ingat sampai sekarang, semasa saya tuliskan
catatan ini, sudah seminggu pertemuan ini berlaku. Terima kasih Pak
Agi...semoga pertemuan ini bukan untuk kali terakhir, mungkin akan ada
pertemuan yang lain pada masa akan datang. Kami masuk ke kenderaan Pak Agi, Pak
Agi hantar saya ke setesen minyak petronas. Kami bersalaman, aku menyatakan
berbanyak terima kasih...atas perkongsian ilmu dan memori ini...
Ucapan
‘say bye’ Pak Agi masih terbayang-bayang...masih diingatan ini... Terima kasih
Pak Agi.
Sekian
adanya...
Masshah 2014
Bilik buku
9:29malam-Isnin Malam Selasa
Meru.
Buku-Buku
Yang Mempunyai Kata-Kata Motivasi Dari Pak AGI
1)
CAKAP-CAKAP PUISI
“Jangan bercakap kosong, isikan cakapmu
dengan kata-kata berisi”
2)
REFLEKSI PENYAIR (KUMPULAN WACANA)
“Refleksi diri untuk jumpa diri sendiri”
3)
APA ORANG KATA TENTANG AGI
“Salam puisi dari hatiku yang mencari
kehidupan”
4)
WARKAH BIRU (KUMPULAN WACANA)
“Zaman Shah jadilah penulis sepanjang
zaman”
5)
CITA CINTA PUISI
“Akhirnya kita bersua Zaman Shah &
Agi”
6)
DIALOG SENIMAN DUNIA
“Berdialoglah dengan dirimu untuk
menemui dirimu”
Mesej
Melalui Telefon Bimbit Selepas Balik Pertemuan Dengan PAK AGI
Mesejku
Pada Pak Agi: 4hb 03 2014-Selasa-Jam:3:07ptg
“Aslkm
Pak Agi, lewat sikit masuk gambar, ada wairing pula umah mak ni, laptop bateri
rosak, kena pasang direct plug. Sudah ok nanti saya masuk.”
Mesej
Pak Agi Padaku: 4hb 03 2014-Selasa-Jam:3:09ptg
“Ok
tak pa tq”
Apabila
Karen sudah on semula aku cuba buka laptopku, untuk send gambar-gambar
pertemuan dengan Pak Agi. Setelah saya masukkan gambar-gambar ke email fb Pak
Agi, aku hantar sms melalui telefon bimbit aku sekali lagi. Sekitar jam
4:26petang.
“Aslkam,
maaf mengganggu, Alhamdulillah, saya dah masukkan gambar-gambar tadi dalam
email fb Agi Ghafar Ibrahim, kena buka email tu.”
Tiada
apa-apa balasan mesej dari Pak Agi, aku yakin Pak Agi sudah membacanya.
Mesej
Melalui Email Facebook
Selasa: 4:23ptg
“Aslkm Pak AGI ini
gambar-gambarnya... 'One Sweet Memory'... Dalam sembang ada ilmunya...love you
too...he3.”
Sekitar jam:
6:51petang Pak Agi membalas email fb:
“Tk daun keladi
atas kiriman foto2 dan aku dah naikkan dlm page n fbku salam”
Mesej
Entri-Entri
Yang Ditulis Pak Agi Di dalam Status FB
AGI
SI PENJUAL BUKUNYA SENDIRI
--------------------------
Peminat tegarku zaman shah saiyan beli 6 judul bukuku.dia tinggal di Meru,kelang berhampiran tempat kerjaku.kami makan tengahari di Meru sempat menandatangani buku-buku beliannya dan dapat pula dia merakamkan deklamasiku. peminat sepertinya,memudahkan penulis mencari makan.tk dan SELAMAT MEMBACA BUKU-BUKUku zaman shah saiyan.
--------------------------
Peminat tegarku zaman shah saiyan beli 6 judul bukuku.dia tinggal di Meru,kelang berhampiran tempat kerjaku.kami makan tengahari di Meru sempat menandatangani buku-buku beliannya dan dapat pula dia merakamkan deklamasiku. peminat sepertinya,memudahkan penulis mencari makan.tk dan SELAMAT MEMBACA BUKU-BUKUku zaman shah saiyan.
Agi Ghafar Ibrahim
Peminatku Zaman Shah Saiyan membeli 6
judul bukuku setelah makan tengahari nak dengar pula deklamasiku.lain orang
lain kehendaknya lain peminat lain minatnya.dalam kesibukan restoran itulah aku
penuhi permintaannya mendeklamasi kata2 harapanku untuk ZAMAN SHAH SAIYAN,
secara tertahan2 sambil dikerling dan dilihat
oleh para pengunjung restoran.kudoakan kau tumbuh sebagai penyair Zaman shah
saiyan.
Entri
Yang Aku Tulis Dalam Status FB JOM BACA BUKU
(Catatan ringkas pertemuan dengan Pak Agi)
JOM
BACA BUKU
Temujanji
Dengan Pak Agi@ Abdul Ghafar Ibrahim
Sekitar jam satu petang bertemu Pak Agi, untuk mengambil buku-buku yang dipesan lewat tempohari melalui pesanan email fb Pak Agi. Sebelum itu, pada malam sebelumnya Pak Agi telah menelefon untuk bertemu secara muka untuk menyerahkan pesanan buku tersebut. Kebetulan Pak Agi bertugas menjadi pensyarah di UITM Puncak Perdana. Selalu lalu Pekan Meru, jadi kata Pak Agi tidak perlu pos buku-buku tersebut.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dapat bersemuka dengan Pak Agi, siapa tidak seronok bila berjumpa penulis buku yang kita beli jumpa kepada kita. Seorang penyair yang keratif dalam penyampaian puisinya. Juga merupakan ahli sastera yang cukup berpengalaman dalam dunia sastera khususnya puisi, beliau juga seorang pelukis.
Selepas makan tengahari, kami berkongsi cerita dan Pak Agi tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Berkongsi pengalaman dan ilmu puisi, ilmu deklamasi puisi, dan motivasi untuk diri ini. Apa yang menariknya, Pak Agi dengan aksi bersahaja mendeklamasikan beberapa buah puisi diKhalayak.
Saya sempat merakam beberapa aksi bersahaja Pak Agi mendeklamasikan puisinya. Terbaik dari Pak Agi..., memang tidak menjemukan mendengar celoteh dan segala perkongsian yang diberi. Hampir dua jam kami bersembang tanpa disedari...., Terima kasih Pak Agi...
Semoga terangsang dan termotivasi
Sekitar jam satu petang bertemu Pak Agi, untuk mengambil buku-buku yang dipesan lewat tempohari melalui pesanan email fb Pak Agi. Sebelum itu, pada malam sebelumnya Pak Agi telah menelefon untuk bertemu secara muka untuk menyerahkan pesanan buku tersebut. Kebetulan Pak Agi bertugas menjadi pensyarah di UITM Puncak Perdana. Selalu lalu Pekan Meru, jadi kata Pak Agi tidak perlu pos buku-buku tersebut.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dapat bersemuka dengan Pak Agi, siapa tidak seronok bila berjumpa penulis buku yang kita beli jumpa kepada kita. Seorang penyair yang keratif dalam penyampaian puisinya. Juga merupakan ahli sastera yang cukup berpengalaman dalam dunia sastera khususnya puisi, beliau juga seorang pelukis.
Selepas makan tengahari, kami berkongsi cerita dan Pak Agi tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Berkongsi pengalaman dan ilmu puisi, ilmu deklamasi puisi, dan motivasi untuk diri ini. Apa yang menariknya, Pak Agi dengan aksi bersahaja mendeklamasikan beberapa buah puisi diKhalayak.
Saya sempat merakam beberapa aksi bersahaja Pak Agi mendeklamasikan puisinya. Terbaik dari Pak Agi..., memang tidak menjemukan mendengar celoteh dan segala perkongsian yang diberi. Hampir dua jam kami bersembang tanpa disedari...., Terima kasih Pak Agi...
Semoga terangsang dan termotivasi
Entri Dari FB JOM BACA BUKU
Enam buah buku hasil karya seorang tokoh hebat sastera negara, PAK AGI@AYAH AGI ATAU Abdul Ghafar Ibrahim, juga pendeklamator puisi hebat.
1)Apa Kata Orang Tentang AGI
2)Dailog Seniman Negara
3)Warkah Biru
4)Refleksi Penyair
5)Cita Cinta Puisi
6)Cakap-Cakap Puisi
Sebagai bahan perencah ilmu puisi dalam diri, agar bermanfaat pada diri ini juga untuk koleksi pribadi untuk diwarisi nanti.
Sekian...
Comments
Post a Comment