Sajak: Cukup Bersyukur


Cukup Bersyukur

Biarkan mereka terus merapu
persis orang tidak berilmu
lebih mulianya si tukang sapu
dapat sedikit syukurnya selalu

Ringgitnya mereka selalu terlebih
hidupnya mewah tidak resah
lihat pula si pengutip sampah
rezekinya cukup-cukup susah.

Mereka kaya hidup bermewah
ke mana sahaja makan meriah
orang susah motong getah
kais pagi makan pagi sering gundah.

Hidup si bangsawan kaya raya
petik sahaja apa mereka ada
si marhean gelisah sering berduka
esok lusa tak tentu nasib mereka.

Benarlah yang ada cukup bersyukur
tidak seperti negara luar tersungkur
untung nasib macam macam sayur
terpaksa ikut GST semua akur.

Masshah
14042015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi