Sajak: Terjunam Ke Jahanam


Terjunam Ke Jahanam

Sumpah takkan halalkan
rejim menindas bangsat
marhein diperas setiap saat
makin ditindas makin kuat lawan
cukai keparat langgar syariat
hujah pembodohan sang pandir
konon penguat rakyat didahulukan

Rejim makin kuat bohong perbodoh
marhean takkan lupa janji lima tahun
masa pasti mengubah di atas ke bawah
nantikan sahaja tika saat waktu
kuasa ditunggangi lebur musnah
saat keparat terjunam ke jahanam.


Masshah
7042015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi