Sajak: Cukup-Cukuplah



Cukup-Cukuplah

Berjanjilah kau tiap kali prk
kau anggap mereka tak berfikir
taburlah berjuta juta ringgit
kau anggap mereka fakir
usahlah tunjuk baik kau hanya berlakon
tektik dan janji kau mereka sudah baca
tidak pernah berubah banyak helah
biar kau cuba berkopiah dan berjubah
mereka tidak hirau dan tidak kesah
mereka sudah tahu sedia siapa yang mahu dipangkah
cukup cukuplah sudah bermain sandiwara
mereka lama meluat naik menyampah
cukup cukuplah permainan murah
mereka sedang amarah.

Masshah
29042015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi