Sajak: Eratkan Jalinan Persaudaraan



Eratkan Jalinan Persaudaraan
(Sempena Hari Keluarga Bani Ibrahim 2015)

Berkumpul kami dengan ceria gembira
bersama famili menautkan ukhwah bersemi
matlamat mendekatkan tali silaturahmi
yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan
akan bertambah seri persaudaraan ini
bermacam ragam pelbagai karenah
mewarnai hari indah berseri kami.

Tidak dilupa pada yang tidak bersama
kerna pergi buat selamanya dijemput Ilahi
kami kirimkan tahlil dan doa untuk mereka
agar rohnya dicucuri rahmat bahagia di sana
kepada mereka famili punya program sendiri
kerna tidak boleh dielak mesti pergi
kami mengerti kesulitan ini, tahun depan
kita adakan lagi agar lebih meriah lagi.

Ada acara turut menyerikan
malamnya bacaan yasin dan tahlil serta doa
buat mereka yang pergi tak kembli
juga untuk mengharap rahmat Ilahi hari keluarga yang dirai
makan malam semua wajah berseri
berkeroncong perut sudah berbunyi sana sini
pelbagai juadah turut menyeri santapan malam
ada ayam bakar ikan bakar pembuka selera
ada yang berkali-kali hidangan enak sungguh menyelerakan.

Sungguh, amat indah tidak terperi
sesekali berkumpul ramai-ramai bersama famili
menghilangkan hiruk pikuk kota yang membingit
beban kerjaya yang semakin menghimpit
desa yang permai mengundang walang resah
namun melihat wajah-wajah saudara sefamili
hati bagai disiramai hujan turun waktu pagi
terus dakap erat ukhwah ini, usah dicemari.

Sungguh indah tautan persaudaraan
usah dipudarkan dengan sengketa sesama
kuatkan jalinan kasih mesra setiap masa
hanya iman taqwa penguat jiwa bersama
jika diizin Ilahi, sama-sama doakan
hari nan indah ini akan berulang lagi
lain masa direncana agar lebih indah sekali
sampai jumpa lagi.

Masshah 2015
21092015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi