MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, September 16, 2015

Sajak: Baju Merah...Sekadar Itu


Baju Merah…Sekadar Itu

Berbaju merah tak semestinya berani
jika hanya sekadar ikut-ikutan dibayar diberi
bukan perjuangan jika hanya sekadar berbaju merah
tetapi lupa pada sejarah yang sudah terpatri
kerna ini pertiwi bukan hanya untuk satu bangsa berdiri

Cuba diselak lembaran sejarah yang sudah berlalu
jika dibaca ditelaah difahami pasti terasa malu
tidak kau menyalak-nyalak seolah runtuh bangsa ini
siapa yang durjana menjadi pengkhianat harus dimengerti
bukankah ianya tertulis di dalam perlembagaan yang disetujui

Malulah pada diri sendiri koreksi mengapa bangsa ini jadi begini
siapa yang berpuluh tahun berkuasa pada ini Negara hingga kini
apa mereka buat untuk bangsa ini apakah melangit tinggi
cuba tanya usah malu untuk mengakui kelemahan diri
usah tuding jari, marah-marah pada mereka rakyat sendiri

Berbaju merah cukup kuatkah untuk mengangakat martabat bangsa
jika sekadar hanya menuruti emosi ego diri tak kemana-mana
jika sekadar hanya memburukan harum nama bangsa sendiri di mata mereka
jika sekadar hanya merosakkan suasana indah harmoni selamanya
cukup kuatkah jika hanya sekadar itu…pada akhirnya bangsa terus layu
hentikanlah…

Masshah
16092015
Meru.


No comments:

Post a Comment

Buku Peperangan Terakhir Uthmaniyah

Sudah sampai buku(15hb Mei 2018) 'Peperangan Terakhir Uthamaniyah',Buku karya Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad. Terima kasih Akak  Sao...