MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Monday, September 21, 2015

Sajak: Pesan Untuk Kalian




Pesan Untuk Kalian

Nur dania balqis
muhammad anas
muhammad huzaifah
permata hati yang manis
sudah besar nanti usah lupa ibu ayah
doakan ia selalu selepas solat
nantikan tenang bahagia hidupmu
kerna menghormati orang tua.

Usah sesekali derhaka menyakiti hati
kelak nanti gelisah hilang tenang kehidupan
maniskan wajahmu ketika bersamanya
nanti bertambah indah harmoni
kasih sayang terpatri sejati

Ayah ibu jua mendoakan kalian
harapan soleh solehah pakaianmu
akhlak pribadimu mencontohi nabimu
orang soleh dan solehah teman akrabmu
usah sesekali membenci mereka
mereka suri tauladan yang murni.

Hidup akhirnya mati
siapa yang pergi dahulu antara kita
itu jadual Allah yang tentukan
kita, hanya bersiap sedia
bersama bekalan kita
iman dan taqwa
segera di bina
untuk kebahagian dunia
lebih-lebih lagi
akhirat di sana.

Masshah
16092015
Meru.

No comments:

Post a Comment

Bilik Kolongku

  Memori bilik kolongku(bilik bawah rumah) sekitar tahun 1994-2013.Menyimpan seribu kenangan suka duka hidup seorang bernama '...