Hanya Kerana Sebuah Buku

Aku kongsikan status muka bukuku di sini, tulisan yang aku nukilkan sebelum balik kerja pagi tadi. Gara-gara sebuah buku hasil tulisan seorang artis, dikecam habis oleh mereka yang tidak sependapat berkaitan dengan sesebuah buku.

Masing-masing punya hak dan pandangan...aku pun ada hak juga...sudikan membaca pandanganku yang ringkas di bawah ini...

Jangan Gaduh-Gaduh!

No automatic alt text available. Image may contain: screen

Semua orang berhak membaca juga menulis selagi mana tidak melanggar mana- mana undang-undang.

Bacalah dan tulislah apa pun buku, yang tebal, nipis, genre sastera, ilmiah, agama, dan pelbagai lagi, gunakanlah kebijaksanaan akal yang dianugerahkan sebaiknya.

Tak kiralah seorang pekerja kilang, pekerja lori sampah, seorang guru, pensyarah, profesor, mufti, ustaz ustazah bahkan pelawak juga para artis.

Masing-masing ada warna-warni kehidupan yang dilalui, mereka berhak menukilkan atau mendokumentasikan apa sahaja yang dirasakan boleh dikongsi untuk khalayak pembaca, selagi mana ia tidak menyalahi peraturan.

Silakan!

Sebagai pembaca pula, juga ada hak untuk menilai sesuatu bahan bacaan yang baik dan bermanfaat untuk diri mereka.

Jika rasa sebuah buku itu kurang menarik atau tidak bagus usahlah dikecam, dihina, dimaki hamun semahunya...masing-masing ada kelemahan dan kebaikan yang dimiliki.

Sekurang-kurangnya mereka ada juga buku untuk ditinggalkan untuk pewaris masa depan.

Kita?...

Kah...kah...kah...sebuah buku pun tak tulis lagi!


(Sekadar pandangan je😁👍)

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi