MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, February 8, 2017

Sajak: Masih Ada Cahaya Di Hadapan


Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature



Ada Cahaya Di Hadapan

Usah dirisau dicela umpat keji
usah berhenti buat sampai jadi
usah dipeduli kata nista dengki
usah putus asa mencuba lagi.

Setiap langkah ada ujian mehnanya
setiap perjalanan ada simpang selekohnya
setiap distinasi ada perhentiannya
setiap kejayaan pasti ada pengorbananya
justeru laluinya dengan cekal tawakal
sabar dan doa berterusan.

Teruskan maralah kehadapan
dekat atau jauhnya kejayaan
itu semua bergantung usaha berterusan
tanpa rasa jemu malu menyerah kalah
justeru hanya berpaut teguh pada
yang empu-Nya segala.

Pasti dan pasti
ada cahaya kegemerlapan di hadapan.

Masshah
3012017
Meru.


No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca