MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, February 14, 2018

Kejutan Dua Kematian

Azmil Mustapha

“Seseungguhnya setiap yang bernyawa pasti menemui kematian”

Namanya juga kematian, ia tidak diundang, datangnya tiba-tiba. Waktu sedang sakitkah atau sedang sihat bugarkah, itu semua serba kemungkinan hadirnya. Tidak sesiapa yang mahu kematian datang menjemput diri,tapi begitulah yang namanya kematian…ia hadir tiba-tiba, tanpa dipaksa-paksa dan tanpa dijemput.

Bila sudah waktu ajalnya, ia tetap akan merengut nyawa sesiapa sahaja. Atas perintah Yang Maha Kuasa. Hari ini,aku dikejutkan dengan dua berita kematian. 

Bila membuka mesej dari ‘Whatsupp’, abang memberitahu, jiran sekampung telah meninggal, agak terkilan, aku baca mesej sudah lambat, jenazah sudah dikebumi.

Menurut abangku, sakit jantung, Almarhum Abang Osman(Osman Paip) dulu jiran bersebelahan rumah abangku sewaktu menyewa di Jalan Nenas, Meru. Orang memang baik dan suka menolong orang. Hari-hari biasa memang aku sering Nampak Almarhum, maklum sahaja, rumahnya sejalan dengan rumahku.

Bila jumpa di tengah jalan, akan berbalas senyum dan melambai tangan. Tapi, hari ini dia meninggalkan dunia ini.Begitulah kematian…waktuku aku pun tidak tahu. Kematian memberi keinsafan dan muhasabah untuk diri sendiri.

Kejutan kedua, kematian seorang bekas pelakon, Haji Azmil Mustapah(Ali Setan), yang kini sudah berhijrah setelah sekian lama, mengikut berita di media sosial, pun sakit jantung, segalanya ajal Allah SWT. Allah SWT sayangkan hambanya.

Dulu pelakon tetapi saat-saat akhir kehidupannya telah berubah menjadi pendakwah ke merata ceruk negeri. Moga segala amal soleh yang dilakukan di terima oleh Allah SWT.

Semoga dua kejutan kematian ini, menjadikan aku lebih bersedia untuk mengharungi hari-hari yang aku lalui dan terus menyemarakan amal baktiku untuk dibawa bertemu Allah SWT, satu masa nanti.

Al-Fatihah untuk kedua-dua insan yang aku kenali…sesungguhnya, kita datang dari Allah SWT, kita kembali kepada Allah SWT jua…


Aamiin Ya Rabb!!!

No comments:

Post a Comment

LGBT Hangat Di Pasaran

  Isu hangat dan panas sejak beberapa minggu ini. Mungkin ramai yang sudah lupa tentang kisah Nabi Lut...LGBT... "...per...