Majalah Untuk Rujukan


Image may contain: 9 people Image may contain: 4 people

Dalam bilik bukuku, masih tersimpan majalah-majalah seperti Tamadun, Siasah, Wasilah, Konsep, Detik dan beberaoa makalah politik yang tidak berkala.
Tulisan-tulisan dari Ahmad Lutfi Othman,Suria Janib,MSO, dan beberapa lagi penulis politik tanah air mengusai majalah-majalah politik tersebut.
Sesekali bila aku rindukan tulisan politik waktu itu, aku belek-belek semula dan baca tulisan mereka.
Isu sekitar Pemecatan Anwar Ibrahim menjadi polemik hangat waktu itu, majalah Tamadun pernah menjadi hangat dipasaran.
Aku tidak pernah tertinggal setiap kali keluaran. Begitu majalah siasah, Detik dan selainnya. Itu dulu...
Ketika ini, bila ada orang lain mahu cari isu-isu terdahulu yang pernah menjadi berita tanah air melalui majalah tersebut, InsyAllah, aku masih menyimpannya.
Mungkin mahu dirujuk sebagai bahan kajian, penulisan dan sebagainya. Terbaharu seorang kenalan muka buku telah berminat untuk meminjam sebagai bahan rujukan untuk 'assigment'.
Semoga apa yang dicarinya boleh menambah-nambah bagian dalam penulisan beliau. Aku masih sayangkan koleksi tersebut. Mana mungkin satu masa juga boleh diguna untuk rujukan anak-anaku.
Begitulah pentingnya bahan dokumentasi buat mereka yang masih menuntut diinstitusi pendidikan tanah air, selain google search, mereka masih perlukan rujukan secara fizikal(buku atau majalah).

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi