MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Friday, February 2, 2018

Rindu Suasana Dulu



Tiba-tiba aku terkenangkan...

"Sekitar belakang rumahku waktu dulu ada pokok kelap sawit, pokok getah, juga ada tanam nenas, keledek, jagung dan macam-macam.

Kanan kiri tepi rumah ada pokok jambu air, pokok limau bali, pokok jambu bertih, pokok betik, pokok durian belanda,pokok belimbing, dan pokok herba-herba seperti kunyit, lengkuas, pokok daun kari dan lain-lain.

Manakala bahagian depan ada pokok kelapa, pokok kopi, pokok koko,pokok cengkih, pokok keladi, pokok rambutan, pokok mangga dan bunga-bungaan di halaman rumah.

Begitulah gambaran pemandangan kawasan rumah sewaktu dulu. Menghijau dengan pepohonan dan keindahan bunga-bungaan.Nyaman dan tenang sekali.

Itulah memori yang masih tergambar-gambar diruang ingatanku. Bahkan sayuran pun turut mudah diperolehi seperti kangkung, paku pakis, daun ubi, adakalanya jika musim hujan cendawan pula menjadi bahan masakan yang sangat sedap. Itulah sewaktu dulu, yang kini sukar untuk dilihat dan dinikmati.

Indah dan tenangnya persekitaran waktu itu."

No comments:

Post a Comment

Idea Datang Tiba-Tiba

google image Kata Pak Agi , idea itu datang tiba-tiba dan kadang-kadang(yang peliknya) muncul sewaktu kita tengah di bilik air, sedan...