Muhasabah Kematian




1) Kematian berlaku di mana-mana dan bila-bila, minggu ini, minggu lepas dan sampai bila-bilapun, kematian tetap berlaku.

Untuk ingatan kepada diri sendiri.

"Setiap yang bernyaws pasti merasai mati"

2) Kematian tidak mengira tua, muda, lelaki, perempuan, miskin, kaya...bahkan semuanya akan mati. Cuma entah bila, di mana dan bersedia atau tidak bersedia, ia pasti akan mendatangi kita.

3) Minggu lepas dua rakan dari tempat  kerja yang sama telah mengalami kemalangan. Seorang  jatuh dari motor  balik kerja sif malam, mengalami kecederaan(Alhamdulillah tiada kecederaan yang teruk)

Dan keesokannya seorang lagi rakan sekerja dari sif malam juga kemalangan dengan sebuah kereta, telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Semoga Allah SWT merahmati rohnya. Dalam keadaan apa sekali pun, maut itu boleh menjemput kita. Tanpa diminta tanpa ditangguh, ia tetap menunaikan janjinya.

4) Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Mati dalam perut ibu, mati selepas kelahiran, mati usia kanak-kanak, mati usia remaja, mati usia dewasa, mati usia tua, mati dalam usia berapa pun...semua itu sudah ketentuan Ilahi.

Mati tetap mati dan mesti.

5) Akhirnya, sama ada aku, engkau, awak, tuan, enciik, puan, cik dan apa saja panggilan, mati dahulu, semua dalam jadual-Nya.

Mati itu tiba-tiba, tiba-tiba mati...

#muhasabahkematian
#malamjumaat
#matiitumesti

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi