PRU 14...Entahlah!

Waktu aku menulis status ini parlimen Malaysia belum pun dibubar. Masih menjadi teka teki sebahagian besar rakyat Malaysia, sengaja aku post tulisan ini di sini. Sedikit pandanganku berkaitan PRU-14 yang bakal tiba,dan tarikh pun sudah diketahui kini...sudikan membaca...



1) PRU 14 masih dalam teka-teki, entahlah, ada yang kata sebelum puasa, ada yang kata buat masa puasa, ada macam-macam yang berkata-kata...entahlah...tanyalah PM!

2) Sudah lama tak 
tengok berita TV, entah apa beritanya, entah apa ceritanya. Dengar kata, seolah Malaysia ada dua buah negeri sahaja, Selangor dan Pulau Pinang, betul ke? Entahlah...corak pemberitaan sejak aku kenal dunia politik, dari dulu sampai kini, sama sahaja, berita oposisi  semua berat sebelah...entahlah!

3) Kalau sudah ada YB-YB yang mesra marhean, bermakna dah dekat-dekatlah tu, kalau dah ada yang berkain pelikat berkopiah suci, sahlah memang dah dekat, dan dengar kata sudah yang menabur-nabur, berjanji-janji, sahlah sudah dekat, tapi entahlah...merayu-rayu minta sokongan sekali lagi ada tak?

4) Jika PRU14 nanti pasti suasananya ceria berwarna warni, ada biru tua, ada biru muda, ada hijau, ada merah, ada oren...wah meriahnya. Sana sini panji-panji dari parti politik yang bertanding berkibar-kibar, belum lagi poster-poster dan sepanduk bergantungan sana-sini. Siapa pilihan kita terserah masing-masing, kan demokrasi terpimpin...undi rahsia, eh...betul ke? Entahlah...

5) Bila tengok  persidangan parlimen, ada terasa lucu, geli hati, meluat, marah, menyampah, benci, macam-macam ada perasaan itu...tonton gelagat yb-yb...alahai...koyo bocah-bocah...embohlah!

6) Pilihan terletak kepada pengundi, mahu ditakuk lama, mahu berharapan, mahu kesejahteraan, mahu ubah, mahu inikalilah atau dulu, kini dan selamanya...terserah! 

YANG PENTING BIJAKLAH MEMILIH.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi