Nostalgiaku



Sekitar tahun 1983, waktu itu aku masih dalam darjah tiga. seorang kawan memberi aku dua pilihan, sekolah agama atau joint Al-Arqam...ha...ha...ha...

Walau aku minat Arqam waktu itu, aku pilih sekolah agama.,waktu itu aku hanya lihat kawan aku berbasikal bila ada aktiviti Arqam, dengan berjuba berserban segak dan kemas sekali.

Dalam hati aku, satu hari InsyAllah aku akan bersama...sehinggalah 1994 Arqam diharamkan, aku tidak menyertainya, tapi aku ada cita-cita dan impian lain.

Aku simpan dalam hati, satu masa nanti aku mesti dapat jumpa pemimpin Arqam, Abuya Ustaz Ashaari Muhammad...2008 dengan ketentuan Allah SWT, apa yang aku hajati dan impikan diizinkan...

#sekadarmemori
#44tahunberlalu
#darularqam

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi