Syair Hari Raya
Syair Hari Raya Berpakaian sungguh menarik Wajah tersenyum indah disolek Duduk bersimpuh ramai tertarik Adat dan sopan usah dicarik. Berhari raya pulang ke desa Melepas rindu kedua ibu bapa Usah dilupa adat dan budaya Maaf bermaafan sesama kita. Dihari raya buangkan gelisah Banyakkan berdoa kepada Allah Jangan tidak ziarah menziarah Kelak tersekasa di alam barzah. Hari raya bukan bulan berpesta Namun banyak makna juga cerita Bersedekahlah mereka berharta Hidupkan tenang tanpa derita. Masshah 2018 Meru.



Salam.
ReplyDeleteBanyaknya aktiviti. Namun jauh semuanya.
Cuma menanti pesta buku antarabangsa KL.
Wajib pergi nanti. :)
Wlkmsalam Wan, ya...semua aktiviti menarik, insyallah tidak ada aral melintang saya mahu pergi yang di Shah Alam.
ReplyDelete