Syair: Perpaduan
           Musim-musim orang nak berpadu, bersatu dan perpaduan ni eloklah bersyair berkaitan dengan perpaduan.  Mari kita bersyair…       Syair Pilihan:  PERPADUAN     Negara kita pelbagai bangsa   Berbeza pandangan perkara biasa   Jangan dibiar menjadi bisa    Hidup terancam sepanjang masa.     Berbeza budaya bukan halangan   Jurang kecil dibesar jangan   Kurangkan iri anjur rundingan   Harmoni nusa kian berpanjangan.     Kepada orang hendaklah hormat   Hendak menegur hendaklah cermat   Bersatu padu itu matlamat   Jangan dinyala dendam kesumat.     Semua tak boleh mementingkan diri   Berjuang untuk kaum sendiri   Sejarah lama harus susuri   Insaf hakikat sedarlah diri.     Serulah semua agar bersatu   Membina Negara biar bermutu   Besar hasilnya sudahlah tentu   Wawasan Negara tercapai jitu.     Semangat mulia bertolak ansur   Tidak menyombong jadikan unsur   Taraf tak hilang jika menyusur   Bagai gabungan pana dan busur.     Hendaklah ikhlas bersatu hati   Bukan mengharap p...
 
Comments
Post a Comment