MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Friday, May 25, 2012

Sajak: Aku Akan Mati




Sesungguhnya aku akan mati
Aku akan;
Di mandikan
Di kafankan
Di solatkan
Di kebumikan
Di pusara entah di mana
Aku tidak tahu dan bila di mana
Aku di semadikan.

Tiba-tiba...
Gelap-gelita
‘sudah matikah aku’
Segalanya ditinggalkan
Tiada satu pun yang di cinta dan di kasihi
Di bawa
Cuma amalan dan ketaqwaan
Bekalan pasti.

Ya...sudah mati aku rupanya
Rasa baru semalam hidup di dunia
Kini aku di alam barzakh
Oh...akhirnya mati juga aku.

Masshah 2012-04-17

Bilik Buku,Meru
Selasa
12:20pm(Tengahari)

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca