Tersungkur




Seantero dunia
Sudah tahu kematiannya.
Jatuh tersungkur akhirnya
Terperusuk ke bumi
Hilanglah segalanya.

Kematiannya maka
Hilanglah kesengsaraan rakyatnya.

Bumi libya akankah bertukar kuasa
Dari sang perakus kepada sang adil?

Muammar Ghadafi
Pengajaran buat sang penguasa
Yang mahu mengambil pengajaran darinya.

Muammar Ghadafi
Pengajaran buat sang penguasa
Di era ini.

Peringatan buat sang penguasa
Yang masih lena dan selesa
Di tampuk singahsana kekuasaannya.

Apakah ini
Tidak memberi peringatan
Pada mereka yang sedang berkuasa?.

Masshah 2011

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi