Insan




Seorang insan sedang menghadapi
Satu perasaan yang aneh
Dalam dirinya.

Tidak tahu apa yang
Dia mahu buat
Selain mengadu pada
Tuhan yang satu.
Kerana di situ
Ada ketenangan dan bahagia
Sumber kasih sayang
Yang sejati.

Bila hatinya gelisah
Cepat-cepat saja ingat
Pada Tuhan
Pemberi segala nikmat
Yang tidak terperi banyaknya
Yang patut disyukuri.

Indahnya...jiwanya kini
Kerana Tuhan di jadikan
Sahabat sejati
Yang tak akan hilang
Dari lubuk hati.

Man shah2002.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi