Cukuplah Duhai Pemimpin




Apa sudah jadi apa nak jadi

Bermesyuarat berhari-hari

Apa makna tak ada makna

Itu juga akhirnya..

Duhai pemimpin

Ke mana kau mahu bawa manusia ini

Lain yang di janji lain yang kau beri

Apa makna tak ada makna

Tidak cukupkah yang sedia ada

TV,Radio,Internet hiburan semata

Siang malam pagi petang semuanya hiburan

Itu juga akhirnya yang kau mahu beri

Tidak cukupkah itu duhai pemimpin

Kami cukup terseksa dan menderita

Hidangan hiburan yang melampau

Di mana-mana,ada di mana-mana

Siang malam,pagi petang ada saja

Itu juga yang kau mahu berikan pada kami

Di mana teriak mu mahu membela kami

Di mana laungan mu mahu menjaga kami

Di mana janji mu mahu menyelamatkan melayu..!?

Tidak cukupkah siang dengan hiburan?

Tidak cukupkah hiburan malam yang sedia ada?

Ulamak?

Ulamak Muda?

Ustaz,Ustazah?

Pendakwah?

Para Daie’?

Para Pensyarah?

Para Ilmuan?

Para intelektual?

Para Mursyid?

Dan


Di mana suara mu Perkasa?

Apa kata kalian,

apa reaksimu

apa perasaanmu,

apa dan apakah?

Kemana mahu di bawa umat ini?

Kasihanilah kami duhai pemimpin…

Cukup..cukup..cukup…

Biarlah kami berhibur malam dengan Tuhan

Biarlah kami berhibur malam rindu-rinduan dengan Tuhan

Biarkan kami berhibur dua pertiga malam bersama malam

Cukup..Cukup..Cukup

Hiburan malam yang menyesatkan

Hiburan malam yang melalaikan

Hiburan malam yang merugikan

Kami mahu hiburan bersama TUHAN…

Duhai pemimpin

Bersegeralah bertaubat

Selagi masa masih ada

Bertaubatlah

Selagi Tuhan masih sayangkan kita

Insaflah..sedarlah..renungkanlah..duhai pemimpin..

Kami hanya berserah..selanjutnya Tuhan yang menentukan..!

Maafkan rakyatmu ini yang tidak mampu menangung derita..

Yang kami mahu,damai,tenang,harmoni..

Ya Tuhan kami Selamatkanlah Negara kami dari kemurkaan mu

Ya Tuhan kami kau berilah petunjuk pada pemimpin kami

Ya Tuhan Kami..Ampunilah kami dan maafkan kami

Setakat ini yang kami mampu menegur pemimpin..

Selamatkan lah kami….

Nukilan rasa:

Masshah,Meru
Jam: 9:25

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi