Marhein Undi Kami





Putar belit media
Menjadikan rakyat jadi biol
Memaksa marhein mengiakan
Apa sahaja perlakuan songsang penguasa.

Korupsi tiada apa-apa kesalahan
Sang menteri elok sahaja dikerusi
Tanpa risau dengan reformasi.
Reformasi sudah dijeriji besi
Mahu apa lagi.

Tranformasi sudah banyak di beri
Rasionalisasi pun ada lagi
Sang mentor bingung sekali
Tidak cukupkah marhein menangisi
Apa yang di beri cukuplah sekali

Sang menteri tidak peduli
Undi kali ini
Undilah kami
Banyak telah kami beri
Tolonglah undi kami untuk sekali lagi.

Marhein jangan lali..!

Masshah 2012-04-06

Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi