Aktiviti Harianku



Entah apa yang aku mahu bicarakan hari ini, sebelah pagi biasanya aku tidur.

Setelah kepenatan dan keletihan semalaman bekerja sif malam, mengantuk apatah lagi. Waktu malam untuk tidur, aku bekerja.

Begitulah nasib seorang pekerja kilang seperti aku. Siang malam pagi petang kerja-kerja, kerja, tapi masih tidak kaya-kaya, alahai.

Mengeluh ke aku ni?

Ha ha ha…biasalah, namanya pun manusia.

Mengemas Rumah

Masing-masing ada cara kehidupan sendiri. Selesai sarapan, jika aku ada beli sedikit sarapan aku akan sarapan dahulu, buka youtube atau layan muka buku, itu sudah menjadi kebiasan setiap orang, jangan cuba mahu menafi ya! Selesai semuanya aku layan tidur.

Sampailah jam dua belas tengah hari, kadang-kadang terlajak juga sampai jam satu petang.

Bangun tidur biasa terus mandi dan adakalanya duduk sebentar belek-belek telefon bimbit, biasalah tu…muka buku, tidak pun lihat mesej di whatsupp.

Selesai mandi, macam biasalah tunaikan kewajipan terlebih dahulu. Selesai aku terus mengemas rumah mana yang patut.

Macam biasa aku mesti basuh pakaian dulu, sambil basuh aku sapu-sapu lantai dari ruang tamu, bilik hinggalah ke dapur.

Curi Masa Menulis

Bila sudah sapu rasa selesa sikit, sambil menunggu baju selesai dicuci, ambil masa buka laptop.

Buka internet, menerewang di muka buku, buka blog sendiri, masuk blog orang lain.

Rajin sikit mulalah merapu-rapu tulis entah apa-apa. Kemaskini blog.

Bila jenguk blog kawan-kawan, ramai yang sudah tidak aktif. Ada yang bertahun-tahun tidak dikemaskini.

Macam sudah tidak musim orang berblog sekarang. Tidak seperti tahun-tahun yang sudah.

Merecup bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Masing-masing mahu berkongsi cerita, kisah, meluah rasa, berbisnes, menghentam, berpolitik dan pelbagai blog yang wujud waktu itu.

Macam-macam bahan cerita dan kisah boleh dibaca.

Waktu itu aku pun terjebak sehinggalah wujudnya blog Nur Dania Balqis, Blog Politik Muhammad Anas, Blog Buku dan beberapa lagi blog yang aku wujudkan.

Waktu itu apa sahaja aktiviti harian mahu sahaja dikongsikan.

Sama-sama berkongsi idea, pandangan malah kecam mengecam pun boleh dilakukan di medium blog ini. Kini seolah sunyi tidak bersemarak lagi.

Begitulah,masing-masing sudah ada yang terlalu sibuk, masa untuk berblog tiada lagi.

Paksa Diri Menulis

Setakat hari ini, aku masih boleh bertahan itu pun kena paksa diri sendiri untuk menulis apa-apa sahaja yang terlintas difikiranku.

Bila ditempat kerja aku hanya menulis menggunakan telefon bimbit.

Bila di rumah jika berkesempatan aku menulis di laptop di dalam bilik.

Cuma, yang kadang-kadang menjadi persoalan dan tanda tanya kepada diriku sendiri adalah apakah masih ada lagi orang mahu membaca blog? lebih-lebih lagi tulisanku ini.

Entahlah, kalau difikirkan begitu, maka tidak menjadilah apa yang diimpikan.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan segala fikiran negatifku itu, aku terus mahu menulis selagi aku mahu dan apa-apa sahaja tentang perasaanku ini, aku akan curahkan di sini, sama ada orang baca atau tidak itu bukan yang aku pedulikan.

Tulis terus tulis!

Mesin basuh pun sudah berbunyi, itu tandanya proses pencucian sudah selesai, masanya aku untuk menyidai pula, cuaca pun masih panas terik sedang elok untuk baju-baju yang aku basuh ini cepat kering.


Oklah, cukup untuk hari ini, entah apa yang aku bebelkan ini, terima kasih sudi membacanya.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi