Mengemas kini Bilik Buku (2)

Aktiviti mengemas bersambung pada sebelah pagi jam 9.00 pagi pada 10hb 09 2017, Ahad. Anak-anak setia membantu aku menyelesaikan kerja-kerja mengangkut buku-buku diluar bilik untuk dimasukan ke dalam bilik semula. 

Mereka sangat suka, seronok melihat mereka berebut hendak mengangkat buku. Si Huzaifah tak padan dengan tubuhnya yang kecil mahu angkat buku dengan kuantiti banyak. 
Masing-masing mahu tunjuk perhatian dekat Abi. 

Si Anas berlawan dengan si adik Huzaifah. Si kakak Dania pula tolong ambil buku letak di tangan mereka. Seronok lihat telatah mereka. Menyusun buku kena sabar, sambil susun kena pula bersihkan buku-buku yang berhabuk. 

Adakalanya belek-belek maka terhentilah proses penyusunan yang hendak dilakukan. Seronok memang seronok bila lihat buku makin bertambah, cuma yang menjadi masalah ruang semakin tidak mencukupi...alahai...mahu bina rak-rak yang canggih belum mampu lagi. 

Memang ada cadangan untuk menempah rak yang lebih baik. Tapi itu mungkin akan datang, perancangan memang ada. Cuma ongkosnya saja belum ada...ha...ha...ha. Peroses pembersihan dan susun atur rak aku lakukan seorang saja. Anak-anak setakat bantu mana yang mereka boleh. 

Kali ini aku mahu lihat ruang yang lebih selesa. Buangkan nostalgia-nostalgia lama...buku-buku tetap aku simpan dan majalah. Kerana ada bahan-bahan yang masih boleh dirujuk...







Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi